Perempuan tidak boleh disamakan dengan lelaki....



Sebulan sudah berlalu..Begitu pantas sekali masa berjalan kurasakan. Saki baki masa cutiku tinggal sebulan saja lagi. Apa yang dirasakan sekarang mestilah perasaan boring tahap maksima yang sememangnya berlawanan sekali dengan masa belajar di universiti yang sememangnya agak sibuk. Sempena dengan rasa keboringan ini, kutampil jua di hadapan skrin wajah laptop acer aspire4930 ku yang bagaikan kain lusuh ini untuk mencoretkan sedikit pengalaman berkawan dengan seorang perempuan masa ku bekerja di salah sebuah pasar borong di negeri tempat kelahiranku, Terengganu. Apa yang nak dikongsikan disini, memang pada dasarnya aku memandang hormat pada mana-mana sahaja perempuan. Bagiku perempuan tidak boleh disamakan dengan lelaki. Perempuan harus dilayan dengan lemah lembut. Namun begitu lain pula halnya dengan dia,perangai si dia tidak menampakkan sedikit pun naluri seorang wanita yang lemah lembut. Setiap patah perkataannya bisa saja menyemarakkan api kemarahan sesiapa sahaja yang sedang marah. Namun, aku tak sedikit pun pedulikan apa yang dikatakan olehnya. Bagiku dia hanya adik dan budak yang masih mentah. Fikiran pun belum lagi matang untuk membuat sesuatu keputusan. Pernah juga si dia membakar hatiku, namun aku hanya diam bersabar. Kadangkala aku lihat dia termenung dan adakalanya aku lihat dia menangis.Hatiku tertanya-tanya apakah dia bergaduh dengan teman lelaki??Ku teringin sangat melihat si dia berubah. Aku yakin si dia bukanlah seteruk yang kusangkakan. Aku mula berhenti setelah hampir 2 minggu bekerja oleh kerana perasaan malas dan tak mahu bergantung duit ibu bapa. Setelah seminggu berhenti, aku diajak oleh si dia untuk bertemu di tempat kerja. Dibelanjaku nasi ayam yang memang kegemaran si dia. Oleh kerana rezeki, ak tak menolaknya. Baru semalam aku bermesej dengan si dia. Aku cuma ingin kenali dia dengan lebih dekat dan pelbagai soalan kulontarkan padanya..akhirnya terbongkarlah satu rahsia. Si dia menceritakan segala-galanya padaku tentang masalah hidupnya yang sememangnya tak bersangkutan dengan hidupku. Si dia selalu menangis kerana masalah yang dihadapi sejak mak ayahnya sudah tidak sehaluan. Si dia adalah anak yang baik dan tidak mahu bergantung dan menyusahkan kawan-kawan dan ahli keluarga. Aku amat terharu mendengar cerita si dia dan sebagai kawan ku cuba berikan si dia kekuatan dengan kata-kata semangat dan nasihat. Aku berharap agar aku dapat lembutkan hati si dia suatu hari nanti agar si dia menjadi wanita yang sejati..Aku amat bersimpati atas nasib hidupnya..Pada fikiran si dia menjadi sebegitu kerana selalu tertekan dengan masalah yang dihadapi..hanya keseronokan saja yang dicarinya untuk mengubati duka..sehinggakan si dia terpesong ke jalan salah...ku doakan agar si dia berubah suatu hari nanti..

0 comments:

Post a Comment

Hit Countersclick here