Diri tetap teguh dengan pendirian.....
Dalam melalui kehidupan seharian diri sentiasa bersyukur atas pemberian tuhan yang tiada bandingannya. Mungkin itulah satu kelebihan yang tuhan kurniakan kepada diriku yang menjadikan diri ini sentiasa berhati-hati dalam memilih jalan kehidupan. Kadangkala pernah terlintas di fikiran akan nasib manusia yang ramai lagi lebih teruk dari keadaan diri ini. Memang tidak dinafikan bahawa cabaran dan dugaan sentiasa datang silih berganti. Namun, diri ini masih lagi mampu bertahan dan tidak sekali-kali cuba untuk melarikan diri daipada itu semua. Kerna akal fikiran ini masih lagi waras dan dapat lagi membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Selagi badai melanda, akan ku hadapinya dengan tenang dan redha. Kerna ku sedar betapa setiap cabaran dan dugaan itu sebenarnya ada hikmah yang tuhan sembunyikan. Semua itu lain tidak bukan supaya kita semua dapat mengambil pengajaran dan ikhtibar untuk menghadapi hari-hari yang akan datang. Apa yang sedihnya, pada zaman sekarang ada yang telah tertewas oleh fikiran dan permainan perasaan sehingga sanggup mencari jalan yang mudah untuk menyelesaikan masalah. Contoh yang paling mudah seperti membunuh diri, buang bayi juga merupakan salah satu cara mereka yang tidak boleh lagi berfikir secara waras. Dalam hati bertanya, "kenapa manusia sanggup bertindak melulu? lupakah mereka yang setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya?". Itulah manusia, sekiranya dalam diri tiada pengangan agama. Selalu bertindak mengikut kata hati dan perasaan. Ingatlah bahawa setiap perbuatan yang kita lakukan pasti ada balasan di akhirat nanti. Hidup ini sebenarnya terlalu singkat. Jadi, janganlah kita merosakkannya serta membuat perkara yang merugikan diri sendiri. Janganlah kita lupa pada ajaran agama kerana itulah yang akan menjadi garis panduan hidup kita di dunia ini...Semua manusia ada agama, ada tuhan masing-masing. Tipulah sekiranya ada manusia mengatakan bahawa mereka tiada tuhan dan wujudnya mereka secara semulajadi seperti yang dinyatakan dalam "Teori Darwin". Dan sebab itulah Allah turunkan al-Quran dan rasul sebagai utusan. Agar manusia tidak tersesat buat selama-lamanya....Semoga kita sentiasa berada di jalanNya...InsyaAllah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment