Ya Allah..Lemahnya hambamu ini..
Sedang aku menaip ayat-ayat, pandanganku tertumpu pada jari-jemari yang yang tak henti-henti menekan huruf-huruf pada butang laptop ini. Fikiranku mula teralih pada keajaiban dan kekuasaan Allah yang telah membesarkan setiap jariku yang dahulunya begitu kecil dilihat. Dan apa yang menambahkan lagi rasa kesyukuran ini adalah jari-jemariku masih lagi sempurna seperti dahulu. Itu semua adalah salah satu pemberian tuhan yang semestinya harusku syukuri. Kerna kusedar bahawa jikalau Allah mahu menarik segala nikmat kesempurnaan anggota badan ini, Dia mampu melakukannya. Sepertimana keratan ayat al-Quran yang selalu disebut oleh ustazku semasa masih di bangku sekolah yang berbunyi, "kun fayakun" yakni bermaksud "jikalau Dia mahukan sesuatu terjadi maka terjadilah ia". Begitulah betapa agungnya kebesaran dan kekuasaan Allah. Semua itu selalu kuingati kerna kusedar betapa Allah adalah satu-satunya tuhan yang wajib disembah. Bukan sahaja wajib disembah, namun harusku ikuti apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Kerna dialah yang mentadbir seluruh alam serta makhluk-makhluk ciptaannya. Setiap apa yang diajarkan oleh rasulullah kuikuti walaupun kadangkala diri ini selalu saja tergelincir dari landasan yang sebenar. Diri ini manusia yang sememangnya lemah kerana selalu dihasut oleh syaitan dan nafsu sehinggakan menjadi alpa dan leka untuk mengingatiNya. Jikalau kita sedar, ada di antara kita ini yang dahulunya sempurna namun tuhan menariknya sedikit demi sedikit dengan pelbagai sebab seperti mangalami kemalangan jalan raya dan penyakit. Begitu juga ada di antara kita ini yang dahulunya hidup senang akhirnya hidup dalam kesusahan. Begitulah ujian yang diberikan oleh tuhan kepada hamba-hambaNya yang begitu lemah. Semuanya bergantung pada rahmat dan kasihNya dan oleh sebab itulah kita semua harus mensyukuri segala nikmatNya...Namun, hati ini masih lagi dibelenggu kebimbangan sekiranya suatu hari nanti kulupa untuk mengucapkan rasa syukur dan lupa padaNya kerana begitu banyak godaan syaitan dan nafsu yang sememangnya telah banyak menyesatkan manusia lebih-lebih lagi di zaman akhir zaman ini. Semoga kita semua dijauhkan dari semua ini dan sentiasa kembali ke jalanNya jika sedar diri berada dalam kesesatan. InsyaAllah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment