Bersyukur kepada tuhan...
"Alhamdulillah...",diri tidak pernah lupa untuk mengucapkan kalimah kesyukuran pada tuhan kerana sentiasa memberi rahmat dan limpah kurniaanNya. Lihat sajalah pada langit ciptaan tuhan di siang hari, begitu indahnya pemandangan. Matahari memancar ceria dengan cahaya yang sudah cukup untuk menerangi bumi. Dengan itu, semua manusia dapat menjalani kehidupan seharian untuk bekerja. Pada malamnya pula, tuhan mengambil kembali matahari dan selepas itu tuhan kurniakan pula kita dengan bulan serta cahaya yang cukup indah bagi sesiapa saja yang melihatnya. Bunyi cengkerik di malam hari cukup merdu sekali ibarat satu irama yang membelai jiwa manusia sehinggalah terlena di alam mimpi. Begitulah nikmatnya pemberian tuhan kepada manusia. Jika difikirkan masih banyak lagi nikmat yang tuhan berikan kepada kita semua seperti kesihatan yang baik, kesenangan hidup, kesempurnaan akal fikiran, kesempurnaan anggota badan dan sebagainya. Ada manusia dilahirkan cacat anggota badannya, ada manusia yang akalnya terencat dan ada juga manusia yang menghidapi penyakit. Hati ini selalu membayangkan bagaimana jika sekiranya diri ini berada di tempat mereka yang menjadikan diri sentiasa bersyukur kepadaNya. Kadangkala kita terlupa untuk mengucapkan rasa syukur pada tuhan, namun tuhan masih lagi mengurniakan kita dengan segala kenikmatanNya. Kadangkala kita juga diberi ujian, namun fikirkanlah berapa banyak antara ujiaan dan kenikmatan yang tuhan berikan kepada kita. jikalau nikmat lebih banyak, maka janganlah kita lupa untuk bersyukur dan jikalau ujian lebih banyak, bersabarlah kita kerana sabar adalah besar pahalanya disisi tuhan. Ingatlah bahawa orang yang paling beruntung adalah orang yang bersabar dan sentiasa bersyukur kepadaNya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment