Mengejar duit...$$$$$$$$
Bila disebut saja duit mesti ramai yang berkata "kalu takde duit aku nak buat ape?nak pergi tandas pun kena pakai duit", "kalau takde duit susah ah..nak beli rumah, nak kawin, nak beli kereta pun tak boleh...",itu la antara keluhan bagi siapa sahaja yang bergelar manusia. Memang tak dinafikan bahawa duit itu amat penting, tanpa duit kita tidak boleh buat sesuatu dengan mudah. Apatah lagi hidup di zaman moden ini yang sememangnya sinonim dengan keperluan duit. Bagi yang susah mereka amat memerlukan duit. Duit pula hanya akan kita dapat bila kita bekerja. Malah ada yang sanggup bersengkam mata di malam hari semata-mata untuk dapatkan duit, ada yang sanggup mengerahkan tenaga pada siang hari bagi mendapatkan duit. Bagi yang bergelar bapa sanggup bertungkus-lumus bekerja untuk dapatkan duit bagi menyara isteri dan anak-anak..Namun ada juga yang mengejar duit dengan cara yang salah seperti merompak, mencuri dan sebagainya. Semua ini bergantung pada individu itu sendiri, jika mereka sedar tentang hukum halal dan haram sudah tentu mereka tidak akan berbuat demikian. Akan tetapi ada juga di antara mereka yang sudah tahu tetapi tergamak melakukannya. Jika difikirkan duit juga merupakan salah satu punca berlakunya jenayah yang besar seperti kes rompakan bersenjata dan juga kes ragut di jalan raya. Semua ini hanya dapat diselesaikan jika manusia masih lagi menggunakan akal fikiran yang waras dan masih mempunyai rasa perikemanusiaan. Tiada satu pun agama yang menyuruh penganutnya mencuri, merompak dan sebagainya yakni dengan cara yang salah. Semua agama menyuruh penganutnya menggunakan cara yang baik bagi mendapatkan apa yang dihajati. Apa yang pasti, setiap apa yang dibuat itu pasti ada balasannya. Walaupun terlepas di dunia, akhirat tetap menanti di sana...Jangan kerana duit kita menjadi sampah masyarakat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment