
Diri ini sudahpun menjangkau ke usia 20-an dan masih lagi dalam pengajian. Nak berumahtangga? Masih agak jauh lagi untuk difikirkan. Semenjak cuti sekolah ini begitu banyak sekali kenduri orang berkahwin. Memang sudah lumrah dunia, apabila meningkat dewasa semua orang akan berkahwin dan berumahtangga serta beranak-pinak. Bila disebut jodoh selalu kita dengar orang berkata, "jodoh itu ditangan tuhan". Tak kurang juga yang mengatakan, "kalau ada jodoh takkan ke mana". Kebiasaannya bagi orang lelaki apabila mendapat pekerjaan barulah perkahwinan dapat dilaksanakan. Begitu juga dengan diri ini, masih jauh lagi perjalanan hidup yang mesti ditempuh sebelum masuk ke alam perkahwinan. Bagiku jika hendak mencari isteri, sudah tentu diri akan memilih calon isteri yang solehah. Tapi apa yang harus kufikirkan dahulu sekarang adalah masa depan. Kerjaya adalah agenda utama yang perlu dititikberatkan agar masa depanku lebih terjamin untuk membela nasib keluarga yang sederhana. Namun apa yang ada difikiran sekarang ini bukanlah jodoh, tetapi tentang ibubapa kita kerana kelak kita juga akan menjadi seorang ayah dan juga seorang ibu bila saja kita telah melangkah ke alam perkahwinan. Jadi, sebagai anak sudah tentu perlu bagi diriku ini untuk membalas segala jasa kedua ibubapa. Bagiku tiada gunanya jikalau kita terlalu bergantung hidup kepada kedua ibubapa kita lebih-lebih lagi bila dewasa. Memang tidak dinafikan bahawa masih ada lagi di kalangan masyarakat kita yang begitu. Walaupun umur sudah dewasa, namun masih mengharapkan sesuatu daripada ibubapa seperti meminta duit. Apa yang amat kuhairankan, apakah begitu sukar untuk kita membalas kedua ibubapa kita? Ibulah yang melahirkan kita, ibulah yang menjaga diri kita sejak kecil sampailah kita dewasa. Begitu juga dengan bapa yang selalu bersusah-payah bekerja bagi menanggung keperluan keluarga seharian. Mereka semua telah banyak berjasa dan sememangnya mereka tidak mengharapkan apa-apa daripada diri kita. Mereka cuma berharap kita ini menjadi anak yang berguna yang selalu membantu mereka terutama sekali apabila mereka semua sudah tua..Kuteringat tentang lirik nasyid yang amat menyentuh jiwa sebagai seorang insan yang bergelar 'anak'. Cuba kita renungkan bersama lirik nasyid tersebut:
Anak Soleh
Kenangi Ibu Bapa
Doakanlah Sejahtera
Kita Anak Harus Membela
Apabila Sudah Dewasa
Jangan Biarkan Mereka
Sia-Sia Di Hari Tua
Kecewa Hidup Dan Merana
Kerna Perbuatan Anak Derhaka
Bahgiakan Mereka
Hingga Ke Hujung Usia
Bila Sampai Waktu Ajalnya
Anak Soleh Sebagai Harta
Hai Ibu Bapa
Kami Permata Anda
Tidak Jemu Berdoa
Agar Sejahtera Terpelihara
Di Dunia Bahagia
Akhirat Pun Begitu Jua
Inilah Harapan Kami Semua
Moga Allah Kabulkan Doa
Semoga kita semua akan menjadi anak yang soleh.Bagi sesiapa yang terasa pernah membuat silap terhadap ibubapa, masih belum terlambat bagi anda untuk berubah selagi masa masih ada..dan janganlah sekali-kali mengulanginya lagi kerna kita selalu mendengar pepatah yang berbunyi "syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu". Sentiasalah kita menadah tangan memohan doa kepada tuhan agar mereka sentiasa bahagia dan layanilah mereka dengan sebaik-baiknya seperti mereka layan diri kita sejak kita dilahirkan..Sekian...

0 comments:
Post a Comment