Hari demi hari,tahun demi tahun detik waktu telah pun berlalu. Usia pun sudah meningkat ke alam dewasa. Terasa begitu cepat sekali masa berlalu. Teringat pula di masa usia remaja dahulu. Begitu sukar bagiku untuk menentukan halatuju dan matlamat diriku yang sebenar. Diri terasa bagaikan diulit satu perasaan yang sentiasa berubah-ubah bagaikan lalang ditiup angin. Sentiasa sahaja mahu diturutkan rasa dan keinginan hati. Sehinggakan kadangkala diri terhanyut oleh nafsu dan keinginan duniawi. Memang betul lah kata-kata orang tua, masa muda adalah masa untuk menentukan jalan kehidupan samada jalan putih atau jalan hitam. Silap pilihan masa muda menyesal lah di waktu tua nanti. Sehinggakan diri telah membuat sesuatu yang tidak sepatutnya. Dalam hati selalu bertanya, siapakah diriku yang sebenar??? Persoalan sebegitu telah membuat diri terasa bingung. Pernah diri terasa tiada apa, pernah diri dibelenggu oleh rasa takut, takut untuk berdepan dengan dunia yang sememangnya penuh pancaroba. Sehinggakan diri terasa begitu lemah tak bermaya. Namun iman dihati masih lagi mampu bertahan. Setiap ajaran syaitan ku hindari, setiap tabiat buruk yang ku pelajari dari kawan kutinggalkan. Ku cuba lepaskan diri dari lembah hitam yang kelak akan menghancurkan diri sendiri. Setiap kata-kata semangat dan nasihat kuturuti. Ku atur seribu langkah untuk pastikan diriku tak akan kembali lagi pada diriku masa silam. "Aku tak mahu lagi!!aku tak mahu!!"hatiku menjerit. Akhirnya usahaku berhasil. Pengalaman sememangnya telah banyak mengajar diriku. Mengajar aku untuk menjadi lebih matang, menjadi lebih berwaspada dalam menjalani kehidupan di hari yang mendatang. Ku renung sejauh-jauhnya di hadapan bagi membuat sesuatu keputusan. Kerna ku tahu jika tersilap satu langkah, kelak diri sendiri akan terjatuh ke dalam perangkap syaitan dan diri akan tersesat. Hati menyoal," mengapa perlu diikutkan perasaan? mengapa perlu diikutkan nafsu? sedangkan kita manusia yang diberi akal dan fikiran oleh tuhan untuk berfikir, supaya kita dapat memilih jalan yang sebetul-betulnya". Namun begitu masih ramai lagi di antara kita yang masih terperangkap ke lembah syaitan. Masih ramai lagi di antara kita yang tergoda oleh hawa nafsu dan keindahan dunia serta isinya. Sesungguhnya aku masih lagi bersyukur di atas segala nikmat dan pemberian tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ku sedar diri ini sentiasa diperhati dan sentiasa diawasi oleh tuhan ya rabbi. Kusedar diri ini sentiasa terpelihara olehNYA. Kusedar setiap dugaan yang dihadapi adalah sekadar ujian yang diberikan olehNYA supaya diri sentiasa sedar dan bersyukur padaNYA. Aku bersyukur kerana Dia masih lagi mengasihi hambaNYA ini yang lemah dan sentiasa membuatkan Rakib dan Atid selalu mencatat segala dosa-dosa yang dilakukan. Alangkah bagusnya jika diriku menyedarinya sejak kecil lagi. Begitulah sedikit sebanyak tentang perjalanan hidupku. Diri sememangnya bertekad untuk tidak melakukan kesilapan lagi. Cuba kita fikir dan renungkan sejenak tentang zaman sekarang..Betapa ramainya manusia yang telah tersesat ke jalan yang salah. Gejala sosial semakin bertambah jumlahnya hari demi hari sehinggakan hampir setiap hari kisah tentang gejala sosial seperti rogol, zina, rempit dan buang bayi terpampang di dada akhbar..masyaAllah..begitu teruknya remaja zaman sekarang. Dalam hati bertanya "kenapa dengan remaja sekarang?kenapa mereka sanggup berbuat demikian?" Mungkin di setiap keruntuhan moral mereka ada sebab yang tersendiri. Memang tidak dapat dinafikan bahawa manusia punyai masalah tersendiri seperti masalah keluarga, masalah kesempitan wang sehinggakan ada di antara kita yang sanggup mengambil jalan yang mudah walaupun menyedari bahawa jalan yang di ambil itu adalah salah di sisi agama dan etika kemanusiaan. Sehinggalah berlakunya kes seperti judi dan kelahiran anak luar nikah. Jelas, mereka telah melampaui batasan agama. Jika difikirkan apa gunanya kita beragama jika tidak taat dan patuh pada ajaran agama. Namun, inilah hakikat yang berlaku pada remaja-remaja di negara kita pada zaman sekarang. Persoalanku di sini masihkah kita ini masih bersyukur pada tuhan? Kita di Malaysia hidup penuh selesa dan aman damai. Walau sesusah mana pun di sini ada lagi manusia yang lebih susah seperti di negara lain. Masih ada yang sanggup mencari rezeki dengan cara yang haram walaupun masih banyak lagi pekerjaan yang halal. Di negara lain seperti Afghanistan masih ramai lagi yang kebuluran, yang kehausan disebabkan peperangan yang berlaku. Keadaan mereka lebih teruk dari kita di Malaysia kerana hampir setiap hari bom dilontarkan secara percuma yang akhirnya menyebabkan ramai yang cedera dan menderita malah ada yang terkorban. Pernahkah kita fikir jika sekiranya kita berada di tempat mereka, mampukah kita menahan setiap dugaan yang dilalui seperti kehilangan ahli keluarga yang dikasihi, tempat tinggal, ancaman keselamatan dan juga kecederaan. Mampukah kita??Cuba tanya diri kita masing-masing. Sudah semestinya kita tidak mampu melainkan kita betul-betul beriman dan bertakwa pada Allah s.w.t. Sebagai remaja bersamalah kita fikirkan balik. Usia muda adalah usia yang paling sesuai untuk kita bekerja, beribadah dan membuat perkara kebaikan sebagai bekalan di akhirat nanti. Ingatlah bahawa mati itu sentiasa menanti. Jika kita lihat zaman sekarang manusia lebihkan perkembangan lahiriah berbanding rohaniah. Kesilapan inilah salah satu penyebab terhadap keruntuhan moral di kalangan remaja kita pada hari ini. Apa yang amat dikesalkan adalah hiburan dicari-cari, agama di mungkiri. Artis dipuja, ulama dihina. Lumrah dunia akhir zaman. Apa yang dicoretkan ini sekiranya betul ambillah sebagai peringatan dan jika dilihat sebagai satu kesilapan cuba fikirkan balik. Sebab kita ni manusia yang memang takkan terlepas dari membuat kesilapan. Selagi waktu masih ada, selagi tubuh masih bernyawa bersamalah kita memperbaiki segala kesilapan yang lalu..jangan biarkan diri terus ke jalan yang sesat selama-lamanya.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment