Runsing LiHat RemaJa Berempit Malam Raya....
Aduh..begitu la ceritanya malam tadi masa 'on the way' nak cari baju raya. Tak serik-serik diorang semua. Hari minggu nak merempit di jalan raya. Hari raya pun sama. Naik runsing juga melihat telatah diorang ni. Apa benda la yang diorang cari. Padahal perkara yang diorang buat tu menyusahkan orang ramai mahupun diri sendiri terutama bila dah 'accident' dan sebagainya. Mak ayah juga yang susah. Namun dekat sini bukanlah nak berleter, cuma nak meluahkan sedikit rasa sedih melihat anak remaja kita pada zaman sekarang. Zaman serba canggih. Zaman yang dah banyak berubah sehingga tercipta peralatan yang mampu digunakan untuk mengatasi keupayaan manusia atau nama saintifiknya mesin dan salah satunya adalah motosikal. Ada kelebihan, tapi salah gunakan. Itulah namanya manusia. Dulu orang guna motosikal untuk kemudahan nak bergerak dari suatu tempat ke suatu tempat melalui jalan raya tapi sekarang lain pula ceritanya. Motosikal diguna untuk bermain di jalan raya. Jadi para remaja fikirkanlah sebaik-baiknya. Gunalah kelebihan yang kita ada ni untuk kebaikan diri kita. Usahlah buat perkara-perkara yang tak mendatangkan faedah pada diri. Kelak diri juga yang rugi..Dalam era yang penuh cabaran ni 'evolusi'lah pada perkara yang positif..
0
comments
Thursday, September 9, 2010
Proton Waja Gantian 2010
Percaya atau tidak inilah cerita baru mengenai Proton dan Mitsubishi. Terbaru Proton Malaysia akan mengeluarkan model gantian baru bagi model Waja dengan kerjasama daripada syarikat pengeluaran kereta Jepun itu setelah sekian lama tidak berjabat tangan antara kedua-duanya. Model ini dijangka akan berada di pasaran selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini. Model gantian Waja akan diadaptasi dengan model mitsubishi Lancer Gratis yang pada asalnya berenjin 2.0 liter.
Namun, untuk model waja gantian kemungkinan enjin yang akan dipasang adalah 1.8 liter. Ini bermakna harga model waja ini akan lebih murah dan berdaya saing yaitu dianggarkan berharga RM 75 000 bagi transmisi manual dan RM 80 000 bagi transmisi auto.
Untuk model ini, secara keseluruhan bahagian dalaman akan diambil terus daripada model Lancer Gratis. Namun begitu, bahagian luaran mungkin akan diubahsuai bagi menampakkan ciri-ciri 'design independent' proton. Model ini dijangka akan mendapat sambutan yang lebih baik di kalangan pengguna di Malaysia kerana teknologi yang akan digunakan secara kesuluruhannya adalah teknologi dari Mitsubishi. Hal ini akan menarik minat sesiapa yang bergelar kaki 'branded' terutama pada jenama kereta dari luar negara seperti Nissan, Toyota dan sebagainya.
0
comments
Thursday, August 26, 2010
Model Baru Proton lagi???
Ni la model baru proton yang aku kagum pada mulanya. Nampak design memang gempak la kn.. Tapi bile da taw hakikat sebenar kecewa plak rasenye..sebab kereta tu bukan model proton pun..haha..Model kereta tu sebenarnya model kereta koenigsegg 2001..cube lihat dekat bawah tu..habis kena tipu..pandai je seseorang tu edit gambar..hahah..
So, pengajarannya jangan terlalu percaya dengan sesuatu..kena siasat dulu..huhu..tapi kat bawah ni pula lain ceritanya..cube tengok design baru proton (tak tipu)..
Ni kemungkinan model waja baru yang lebih advance..Maklumatnya belum diketahui dengan lebih lanjut..so, kena tunggu sampai model ni mula keluar di pasaran..sabar ye..hehe..
0
comments
Friday, July 9, 2010
Sepandai Tupai Melompat....
ariel peterpan..
Baru-baru ini kita semua telah dikejutkan dengan berita yang memang tak sedap didengar yaitu mengenai artis Indonesia yang diminati ramai ariel peterpan ataupun nama sebenar beliau Nazril Irham. Apa yang kuterbaca dari akhbar, video yang tidak elok itu tersebar disebabkan oleh tindakan ariel menghantar laptopnya yang mengandungi video tersebut untuk dibaiki di sebuah kedai. Tapi apa yang nak kukongsikan di sini bukanlah gosip panas yang seringkali dimainkan seperti yang tertera di dada akhbar harian tempatan setiap hari. Namun yang nak dikongsikan adalah setiap perbuatan kita yang buruk pasti akan terbongkar jua akhirnya walau habis-habisan kita cuba untuk sembunyikannya. Bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Kita semua memang takkan lari dari situasi sebegini.
ariel dikaitkan dengan luna maya..
Kepada ariel aku doakan agar dia segera bertaubat. Sebab kita sebenarnya selalu tak sedar bahawa tuhan sentiasa memerhatikan kita. Walau apa pun yang kita buat tuhan sentiasa melihat perbuatan kita kerna Dia Maha Melihat. Janganlah kita terlalu mengikut hawa nafsu kerna kelak akan menghancurkan diri kita sendiri. Semoga apa yang kita mahu lakukan difikirkan terlebih dahulu kesannya kerna sekali rahsia kita terbongkar habis menyesal tak sudah. Memang tak dinafikan bahawa bukan ariel seorang sahaja yang terlibat dengan perkara sebegitu. Mungkin ramai lagi yang terlibat dan lebih teruk dari itu. Nasihatku cuma satu, ingatlah bahawa setiap perbuatan kita lakukan pasti ada balasannya...
tengok ni..kan dah jatuh..naik la sendiri..
0
comments
Sunday, July 4, 2010
Kenapa sanggup menghancurkan diri sendiri...
Baru saja tadi aku bertemu dengan dua orang kawan sejak di bangku sekolahku di rumah salah satu daripada mereka. Ku panggil dia Adi dan seorang lagi kawanku kupanggil Lan. Aku datang ke rumahnya dengan menaiki motosikal. Jarak rumahnya tidaklah berapa jauh dari rumahku. Setibanya aku dirumah Adi, mereka sedang menunggu kehadiranku. Mungkin ada banyak hal yang mahu dibualkan bersama. Bermacam-macam topik dan hal diborakkan oleh kami. Satu demi satu isu yang dikupas. Apa yang paling banyak sekali dibualkan adalah isu gejala sosial di kalangan remaja. Perbualan kami diselangi gelak getawa yang silih berganti kerana masing-masing pandai berlawak bagi merancakkan lagi perbualan kami. Aku juga telah dihidangkan dengan air teh yang dapat membasahkan kerongkong yang kering dek kepanasan tengah hari. Sampai di pertengahan perbualan kami, kelihatan kelibat seorang lelaki yang kurus, selekeh dan kotor datang menaiki basikal ke rumah kawanku itu. Dalam hatiku bertanya siapakah dia ni? Rasa kebimbangan juga turut hadir bersama kerana kulihat gaya lelaki tersebut seakan-akan seorang penagih dadah. Kami semua diam seketika. Lelaki tersebut datang menghampiri kami bertiga dan Adi lantas bersuara dan bertanyakannya dengan suara yang perlahan. Adi memanggil lelaki tersebut 'pok' dalam dialek Terengganu. Lelaki tersebut menjawab pertanyaan Adi tadi dan dia memberitahu yang dia mahu mencari ibu Adi. Aku dengan Lan hanya mendiamkan diri dan hanya memerhatikan kelibat lelaki itu yang masuk ke dapur rumah Adi. Melihat kami terdiam sebentar, Adi menyambung kembali perbualan dan dia memberitahu aku dan Lan bahawa lelaki tersebut adalah pak cik saudara sebelah ibunya yang datang dari kampung lain. Aku diberitahu bahawa lelaki tersebut hanya datang untuk meminta sedikit makanan untuk dimakan. Adi terdiam seketika dengan raut muka yang sedih. Dia juga memberitahuku bahawa bila-bila masa sahaja lelaki tersebut akan meninggal dunia dengan keadaanya itu yang kemungkinan sudah dijangkiti virus HIV kerana sudah lama menagih dadah. Apa yang aku hairan, lelaki tersebut tidaklah seperti penagih-penagih lain yang seringkali kita dengar mencuri, merompak, mengamuk dan sebagainya. Namun lelaki tersebut tidak seperti yang lain. Dia seorang yang masih lagi dapat mengenali saudara-maranya, Adi memberitahuku. Namun, persoalan yang masih bermain difikiranku adalah mengapa mereka sanggup merosakkan diri sendiri? dan masihkah mereka dapat kembali ke jalan yang benar setelah mereka tersesat ke jalan yang salah...
0
comments
Thursday, June 10, 2010
Ya Allah..Lemahnya hambamu ini..
Sedang aku menaip ayat-ayat, pandanganku tertumpu pada jari-jemari yang yang tak henti-henti menekan huruf-huruf pada butang laptop ini. Fikiranku mula teralih pada keajaiban dan kekuasaan Allah yang telah membesarkan setiap jariku yang dahulunya begitu kecil dilihat. Dan apa yang menambahkan lagi rasa kesyukuran ini adalah jari-jemariku masih lagi sempurna seperti dahulu. Itu semua adalah salah satu pemberian tuhan yang semestinya harusku syukuri. Kerna kusedar bahawa jikalau Allah mahu menarik segala nikmat kesempurnaan anggota badan ini, Dia mampu melakukannya. Sepertimana keratan ayat al-Quran yang selalu disebut oleh ustazku semasa masih di bangku sekolah yang berbunyi, "kun fayakun" yakni bermaksud "jikalau Dia mahukan sesuatu terjadi maka terjadilah ia". Begitulah betapa agungnya kebesaran dan kekuasaan Allah. Semua itu selalu kuingati kerna kusedar betapa Allah adalah satu-satunya tuhan yang wajib disembah. Bukan sahaja wajib disembah, namun harusku ikuti apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Kerna dialah yang mentadbir seluruh alam serta makhluk-makhluk ciptaannya. Setiap apa yang diajarkan oleh rasulullah kuikuti walaupun kadangkala diri ini selalu saja tergelincir dari landasan yang sebenar. Diri ini manusia yang sememangnya lemah kerana selalu dihasut oleh syaitan dan nafsu sehinggakan menjadi alpa dan leka untuk mengingatiNya. Jikalau kita sedar, ada di antara kita ini yang dahulunya sempurna namun tuhan menariknya sedikit demi sedikit dengan pelbagai sebab seperti mangalami kemalangan jalan raya dan penyakit. Begitu juga ada di antara kita ini yang dahulunya hidup senang akhirnya hidup dalam kesusahan. Begitulah ujian yang diberikan oleh tuhan kepada hamba-hambaNya yang begitu lemah. Semuanya bergantung pada rahmat dan kasihNya dan oleh sebab itulah kita semua harus mensyukuri segala nikmatNya...Namun, hati ini masih lagi dibelenggu kebimbangan sekiranya suatu hari nanti kulupa untuk mengucapkan rasa syukur dan lupa padaNya kerana begitu banyak godaan syaitan dan nafsu yang sememangnya telah banyak menyesatkan manusia lebih-lebih lagi di zaman akhir zaman ini. Semoga kita semua dijauhkan dari semua ini dan sentiasa kembali ke jalanNya jika sedar diri berada dalam kesesatan. InsyaAllah...
0
comments
Wednesday, June 9, 2010
Bersyukur kepada tuhan...
"Alhamdulillah...",diri tidak pernah lupa untuk mengucapkan kalimah kesyukuran pada tuhan kerana sentiasa memberi rahmat dan limpah kurniaanNya. Lihat sajalah pada langit ciptaan tuhan di siang hari, begitu indahnya pemandangan. Matahari memancar ceria dengan cahaya yang sudah cukup untuk menerangi bumi. Dengan itu, semua manusia dapat menjalani kehidupan seharian untuk bekerja. Pada malamnya pula, tuhan mengambil kembali matahari dan selepas itu tuhan kurniakan pula kita dengan bulan serta cahaya yang cukup indah bagi sesiapa saja yang melihatnya. Bunyi cengkerik di malam hari cukup merdu sekali ibarat satu irama yang membelai jiwa manusia sehinggalah terlena di alam mimpi. Begitulah nikmatnya pemberian tuhan kepada manusia. Jika difikirkan masih banyak lagi nikmat yang tuhan berikan kepada kita semua seperti kesihatan yang baik, kesenangan hidup, kesempurnaan akal fikiran, kesempurnaan anggota badan dan sebagainya. Ada manusia dilahirkan cacat anggota badannya, ada manusia yang akalnya terencat dan ada juga manusia yang menghidapi penyakit. Hati ini selalu membayangkan bagaimana jika sekiranya diri ini berada di tempat mereka yang menjadikan diri sentiasa bersyukur kepadaNya. Kadangkala kita terlupa untuk mengucapkan rasa syukur pada tuhan, namun tuhan masih lagi mengurniakan kita dengan segala kenikmatanNya. Kadangkala kita juga diberi ujian, namun fikirkanlah berapa banyak antara ujiaan dan kenikmatan yang tuhan berikan kepada kita. jikalau nikmat lebih banyak, maka janganlah kita lupa untuk bersyukur dan jikalau ujian lebih banyak, bersabarlah kita kerana sabar adalah besar pahalanya disisi tuhan. Ingatlah bahawa orang yang paling beruntung adalah orang yang bersabar dan sentiasa bersyukur kepadaNya...
0
comments
Tuesday, June 8, 2010
Duhai ibubapa....
Diri ini sudahpun menjangkau ke usia 20-an dan masih lagi dalam pengajian. Nak berumahtangga? Masih agak jauh lagi untuk difikirkan. Semenjak cuti sekolah ini begitu banyak sekali kenduri orang berkahwin. Memang sudah lumrah dunia, apabila meningkat dewasa semua orang akan berkahwin dan berumahtangga serta beranak-pinak. Bila disebut jodoh selalu kita dengar orang berkata, "jodoh itu ditangan tuhan". Tak kurang juga yang mengatakan, "kalau ada jodoh takkan ke mana". Kebiasaannya bagi orang lelaki apabila mendapat pekerjaan barulah perkahwinan dapat dilaksanakan. Begitu juga dengan diri ini, masih jauh lagi perjalanan hidup yang mesti ditempuh sebelum masuk ke alam perkahwinan. Bagiku jika hendak mencari isteri, sudah tentu diri akan memilih calon isteri yang solehah. Tapi apa yang harus kufikirkan dahulu sekarang adalah masa depan. Kerjaya adalah agenda utama yang perlu dititikberatkan agar masa depanku lebih terjamin untuk membela nasib keluarga yang sederhana. Namun apa yang ada difikiran sekarang ini bukanlah jodoh, tetapi tentang ibubapa kita kerana kelak kita juga akan menjadi seorang ayah dan juga seorang ibu bila saja kita telah melangkah ke alam perkahwinan. Jadi, sebagai anak sudah tentu perlu bagi diriku ini untuk membalas segala jasa kedua ibubapa. Bagiku tiada gunanya jikalau kita terlalu bergantung hidup kepada kedua ibubapa kita lebih-lebih lagi bila dewasa. Memang tidak dinafikan bahawa masih ada lagi di kalangan masyarakat kita yang begitu. Walaupun umur sudah dewasa, namun masih mengharapkan sesuatu daripada ibubapa seperti meminta duit. Apa yang amat kuhairankan, apakah begitu sukar untuk kita membalas kedua ibubapa kita? Ibulah yang melahirkan kita, ibulah yang menjaga diri kita sejak kecil sampailah kita dewasa. Begitu juga dengan bapa yang selalu bersusah-payah bekerja bagi menanggung keperluan keluarga seharian. Mereka semua telah banyak berjasa dan sememangnya mereka tidak mengharapkan apa-apa daripada diri kita. Mereka cuma berharap kita ini menjadi anak yang berguna yang selalu membantu mereka terutama sekali apabila mereka semua sudah tua..Kuteringat tentang lirik nasyid yang amat menyentuh jiwa sebagai seorang insan yang bergelar 'anak'. Cuba kita renungkan bersama lirik nasyid tersebut:
Anak Soleh
Kenangi Ibu Bapa
Doakanlah Sejahtera
Kita Anak Harus Membela
Apabila Sudah Dewasa
Jangan Biarkan Mereka
Sia-Sia Di Hari Tua
Kecewa Hidup Dan Merana
Kerna Perbuatan Anak Derhaka
Bahgiakan Mereka
Hingga Ke Hujung Usia
Bila Sampai Waktu Ajalnya
Anak Soleh Sebagai Harta
Hai Ibu Bapa
Kami Permata Anda
Tidak Jemu Berdoa
Agar Sejahtera Terpelihara
Di Dunia Bahagia
Akhirat Pun Begitu Jua
Inilah Harapan Kami Semua
Moga Allah Kabulkan Doa
Semoga kita semua akan menjadi anak yang soleh.Bagi sesiapa yang terasa pernah membuat silap terhadap ibubapa, masih belum terlambat bagi anda untuk berubah selagi masa masih ada..dan janganlah sekali-kali mengulanginya lagi kerna kita selalu mendengar pepatah yang berbunyi "syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu". Sentiasalah kita menadah tangan memohan doa kepada tuhan agar mereka sentiasa bahagia dan layanilah mereka dengan sebaik-baiknya seperti mereka layan diri kita sejak kita dilahirkan..Sekian...
0
comments
Sunday, June 6, 2010
Diri tetap teguh dengan pendirian.....
Dalam melalui kehidupan seharian diri sentiasa bersyukur atas pemberian tuhan yang tiada bandingannya. Mungkin itulah satu kelebihan yang tuhan kurniakan kepada diriku yang menjadikan diri ini sentiasa berhati-hati dalam memilih jalan kehidupan. Kadangkala pernah terlintas di fikiran akan nasib manusia yang ramai lagi lebih teruk dari keadaan diri ini. Memang tidak dinafikan bahawa cabaran dan dugaan sentiasa datang silih berganti. Namun, diri ini masih lagi mampu bertahan dan tidak sekali-kali cuba untuk melarikan diri daipada itu semua. Kerna akal fikiran ini masih lagi waras dan dapat lagi membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Selagi badai melanda, akan ku hadapinya dengan tenang dan redha. Kerna ku sedar betapa setiap cabaran dan dugaan itu sebenarnya ada hikmah yang tuhan sembunyikan. Semua itu lain tidak bukan supaya kita semua dapat mengambil pengajaran dan ikhtibar untuk menghadapi hari-hari yang akan datang. Apa yang sedihnya, pada zaman sekarang ada yang telah tertewas oleh fikiran dan permainan perasaan sehingga sanggup mencari jalan yang mudah untuk menyelesaikan masalah. Contoh yang paling mudah seperti membunuh diri, buang bayi juga merupakan salah satu cara mereka yang tidak boleh lagi berfikir secara waras. Dalam hati bertanya, "kenapa manusia sanggup bertindak melulu? lupakah mereka yang setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya?". Itulah manusia, sekiranya dalam diri tiada pengangan agama. Selalu bertindak mengikut kata hati dan perasaan. Ingatlah bahawa setiap perbuatan yang kita lakukan pasti ada balasan di akhirat nanti. Hidup ini sebenarnya terlalu singkat. Jadi, janganlah kita merosakkannya serta membuat perkara yang merugikan diri sendiri. Janganlah kita lupa pada ajaran agama kerana itulah yang akan menjadi garis panduan hidup kita di dunia ini...Semua manusia ada agama, ada tuhan masing-masing. Tipulah sekiranya ada manusia mengatakan bahawa mereka tiada tuhan dan wujudnya mereka secara semulajadi seperti yang dinyatakan dalam "Teori Darwin". Dan sebab itulah Allah turunkan al-Quran dan rasul sebagai utusan. Agar manusia tidak tersesat buat selama-lamanya....Semoga kita sentiasa berada di jalanNya...InsyaAllah...
0
comments
Saturday, June 5, 2010
FIFA 2010 di Afrika......
PIALA DUNIA FIFA 2010 AFRIKA SELATAN
Seperti yang dinanti-nanti, perlawanan FIFA WORLDCUP SOUTH AFRICA 2010 telahpun semakin hampir dengan tarikh permulaannya iaitu pada tarikh 11 Jun 2010. Sukan bola sememangnya amat diminati ramai tidak kira dari peringkat umur yang berbeza bermula dengan adik-adik kita yang masih kecil sampailah ke atuk nenek kita yang sudah tua. Mungkin sukan ini mempunyai auranya tersendiri seperti yang kita ketahui. Namun, apa yang kita nampak sukan bola mempunyai pengaruh yang kuat terutama sekali terhadap peminat dan penyokong sukan ini. Ada yang sanggup berjaga malam untuk menonton perlawanan di kaca televisyen jika kita lihat FIFA di tahun-tahun yang sudah lepas. Apa yang pasti, FIFA akan terus menjadi kegilaan di kalangan peminat-peminat bola di seluruh dunia...
MASKOT FIFA 2010
Maskot FIFA 2010 dinamakan sebagai ZAKUMI yaitu singa jantan. Apa yang kita nampak disitu singa banyak dijumpai di Afrika, dan itu mungkin menjadi lambang bagi negara tersebut. Nama 'Zakumi' adalah komposisi 'ZA', yang bermaksud berdiri untuk Afrika Selatan dan 'Kumi', yang bermaksud '10' dalam pelbagai bahasa di Afrika.
BOLA RASMI FIFA 2010
Bola rasmi FIFA 2010 ialah 'JABULANI'. Merupakan keluaran yang ke-11 sejak permulaan FIFA, keluaran ADIDAS. Bola ini merupakan bola yang paling bulat bentuknya berbanding yang dihasilkan oleh FIFA sebelum ini.
KUMPULAN FIFA 2010
0
comments
Friday, June 4, 2010
Auhai..kenapa manusia sanggup bertindak kejam.....
"Kenapa manusia sanggup bertindak kejam?ke manakah hilangnya perikemanusiaan?". Itu lah antara persoalan yang muncul di minda bila saja diri melihat gambar yang di atas. Gambar tersebut diambil dari satu laman web akhbar. Kalu nak tahu ceritanya sila klik link di bawah:
Bayi jadi sasaran
Hatiku tersentuh melihat keadaan bayi yang terbaring di atas jalan dalam keadaan menangis mungkin merasai kesakitan akibat terjatuh. Lebih menyedihkan bayi tersebut dipijak-pijak bagaikan anak patung. Geram hati ini melihat kelakuan perempuan tersebut yang bagaikan hilang kewarasan. Bayi itu masih kecil dan tidak berbuat sedikit pun kesalahan. Kenapa pula dia menjadi mangsa? Hanya kerana dituduh mencuri handphone, sanggup membuat sesuatu yang melampaui batas. Mungkin inilah hakikat yang berlaku pada zaman sekarang. Pada fikiranku, memang tidak hairan lah jika terlalu banyak kes penderaan kanak-kanak yang berlaku tiap-tiap hari. Manusia seakan-akan sudah hilang perikemanusiaan. Sedangkan jika kita lihat binatang begitu menyayangi anaknya. Manusia diberi kelebihan akal dan fikiran oleh tuhan. Namun, kenapa masih lagi membuat sesuatu yang sememangnya bertentangan dengan naluri kemanusiaan???Mungkin inilah sikap manusia di akhir zaman. Semakin menghampiri kehancuran...Bagi sesiapa yang masih lagi merasakan diri adalah manusia, cubalah bertindak sebagai manusia yang masih lagi mempunyai kewarasan dan juga perikemanusiaan..Jangan terlalu mengikut hati dan perasaan..bab kata orang tua-tua, "ikut hati mati, ikut rasa binasa". Jadi marilah kita membuat sesuatu yang betul yang berlandaskan ajaran al-Quran...InsyaAllah kita semua tidak akan sesat dan terhindar dari melakukan perkara yang melampaui batas....
0
comments
Thursday, June 3, 2010
Mampukah diri menempuh hari yang mendatang....
Entah esok entah bila diri akan kembali ke rahmatNya. Manusia sudah tentu tak akan mengetahuinya, hanya Dia saja yang mengetahui kerna Dialah yang mencipta segala makhluk di muka bumi ini. Namun, apa yang pasti hidup ini harus diteruskan. Dalam menjalani kehidupan di zaman lampau telah banyak diri ini telah diuji. Diri amat bersyukur kerna ujian yang telah diberikan olehNya tidaklah begitu besar sepertimana manusia lain hadapi. Dia masih lagi mengasihi hambaNya yang telah banyak melakukan dosa. "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Maha Penyayang",hati kecilku bersuara. Dalam hati selalu bertanya, "mampukah diri ini bila diuji dengan ujian yang lebih besar suatu hari nanti?". Persoalan ini selalu menyedarkan diri betapa diri harus sentiasa rasa bersyukur dengan apa yang diberikan olehNya. Segala urusan harianku berjalan dengan lancar kerna belum lagi diuji dengan ujian seperti penyakit, kesusahan hidup, malapetaka, bencana dan sebagainya yang lebih besar. Namun ku berdoa agar ku dijauhkan dari itu semua. Dalam hati selalu ku berdoa mengharapkan agar diri ini tidak lari dari jalan mengingatiNya. Ku fikirkan sejauh-jauhnya tentang hari yang bakal mengunjung tiba. Telah kupersiapkan diriku agar sentiasa bersedia untuk menempuhinya. Ku cuba renungkan sejauh-jauhnya tentang hidup ini, ku sedar bahawa setiap manusia akan sentiasa berubah dan umur selalu meningkat hari demi hari. Seringkali aku melihat seorang bapa mendukung anaknya, dalam hati berkata, "begitulah juga aku suatu hari nanti". Di usia muda ini aku amat menjaga setiap tingkahlaku diri agar tidak keterlaluan. Kerna selalu kudengar orang tua-tua berkata "bapak borek, anak rintik". Akan ku pastikan suatu hari nanti anak-anakku menjadi anak-anak yang soleh dan taat pada ibubapa. Selalu kita terdengar kisah ibubapa yang diabaikan oleh anak-anaknya. Ada yang yang hidup merempat di jalanan dan ada pula yang ditinggalkan di rumah orang-orang tua. Adilkah itu semua?, setelah lama mereka melahirkan dan menjaga kita. Sesungguhnya diri telah berjanji agar menjadi anak yang berguna pada kedua ibubapa di hari mereka tua nanti dan anak yang selalu mengingati segala jasa dan pengorbanan mereka. Diri selalu memikirkan nasib diri kerna semua manusia akan merasai zaman kanak-kanak, zaman muda, dewasa dan akhirnya tua sampailah meninggal dunia. Sungguhpun hidup ini hanya sekali, diri tidak akan mengutamakan keseronokan dunia sahaja, kerna ku sedar mencintai dunia hanyalah sia-sia, mencintai akhirat beruntung kita selama-lamanya..Dan dunialah yang menjadi medan untuk kita sampai ke sana..Selagi ada masa, sama-samalah kita "bercucuk-tanam" untuk akhirat nanti. Segala ujian dan dugaan adalah pasti dariNya. Tiada satu pun makhluk yang diciptakan oleh Allah tidak diuji. Namun apa yang penting, diri ini mestilah tabah dan sentiasa redha di atas segala ketentuanNya...Semoga diri ini sentiasa tergolong di kalangan orang-orang yang bersyukur..Aminn...
0
comments
Wednesday, June 2, 2010
Mengejar duit...$$$$$$$$
Bila disebut saja duit mesti ramai yang berkata "kalu takde duit aku nak buat ape?nak pergi tandas pun kena pakai duit", "kalau takde duit susah ah..nak beli rumah, nak kawin, nak beli kereta pun tak boleh...",itu la antara keluhan bagi siapa sahaja yang bergelar manusia. Memang tak dinafikan bahawa duit itu amat penting, tanpa duit kita tidak boleh buat sesuatu dengan mudah. Apatah lagi hidup di zaman moden ini yang sememangnya sinonim dengan keperluan duit. Bagi yang susah mereka amat memerlukan duit. Duit pula hanya akan kita dapat bila kita bekerja. Malah ada yang sanggup bersengkam mata di malam hari semata-mata untuk dapatkan duit, ada yang sanggup mengerahkan tenaga pada siang hari bagi mendapatkan duit. Bagi yang bergelar bapa sanggup bertungkus-lumus bekerja untuk dapatkan duit bagi menyara isteri dan anak-anak..Namun ada juga yang mengejar duit dengan cara yang salah seperti merompak, mencuri dan sebagainya. Semua ini bergantung pada individu itu sendiri, jika mereka sedar tentang hukum halal dan haram sudah tentu mereka tidak akan berbuat demikian. Akan tetapi ada juga di antara mereka yang sudah tahu tetapi tergamak melakukannya. Jika difikirkan duit juga merupakan salah satu punca berlakunya jenayah yang besar seperti kes rompakan bersenjata dan juga kes ragut di jalan raya. Semua ini hanya dapat diselesaikan jika manusia masih lagi menggunakan akal fikiran yang waras dan masih mempunyai rasa perikemanusiaan. Tiada satu pun agama yang menyuruh penganutnya mencuri, merompak dan sebagainya yakni dengan cara yang salah. Semua agama menyuruh penganutnya menggunakan cara yang baik bagi mendapatkan apa yang dihajati. Apa yang pasti, setiap apa yang dibuat itu pasti ada balasannya. Walaupun terlepas di dunia, akhirat tetap menanti di sana...Jangan kerana duit kita menjadi sampah masyarakat...
Yamaha Lagenda Terbaru...
Ni la gambar keluaran motosikal baru Yamaha. Lagenda 115zr(biru ala-ala purple) dan juga satu lagi Lagenda 115z(merah). Lampu belakang nampak pelik, tapi ada kreativiti sebab nampak macam bentuk burung dengan mentol LED. Mesti nampak indah bila malam. Lampu kat depan banyak, lebih dari yamaha LC 135. Nampak gayanya malam-malam cerah la walaupun tiada sinaran bulan. Rekabentuk motosikal ni macam gabungan yamaha LC, Lagenda, yamaha125, macam honda wave 125 pun ada. Banyak lagi benda lain sebenarnya. Kalau nak tahu klik la pada link kat bawah.
http://www.yamaha-motor.com.my/ProductTMax.aspx
lampu belakang
suspensi isian gas
TECHNICAL SPECIFICATION:
Overall length x width x height
1.910mm x 675 x 1,040 mm
Seat Height
760 mm
Wheel base
1,230 mm
Minimum Ground Clearance
130 mm
Dry weight/ Curb weight
97 / 102 kg
Oil Tank capacity
1.0 litre
Fuel tank capacity
14.0 litre
Transmission
Constant mesh 4 forward speed rotary
Brake front / rear
Hydraulic, singale disc (z)/ drum
Apakah hidup ini hanya sekadar untuk merasakan kenikmatan dunia....???
Sebut saja pasal enjoy pasti ramai yang cakap "hidup hanya sekali, so! kita enjoy!!!". Itulah kata-kata yang tak silap selalu kuterdengar di kaca televisyen. Kata-kata itu sebenarnya telah menimbulkan banyak persoalan yang begitu besar dalam diri, "kenapa perlu enjoy sangat?apakah kita hidup ini hanya untuk merasa senang?lupakah kita yang akhirat itu benar?lupakah kita bahawa kiamat itu semakin hampir?". Itulah antara persoalan yang selalu dibenakku. Sedikit sebanyak kurasakan syukur pada tuhan kerana Dia selalu memimpinku ke jalan yang benar walaupun diri ini sentiasa tergelincir ke jalan yang salah. Begitulah manusia, selalu saja leka dan alpa. Jika tiada keinsafan dalam diri, manusia akan terus membuat dosa. Apatah lagi jika tiada pedoman dan pegangan agama dalam hidup. Di zaman global dan serba canggih ini amat mudah sekali manusia terjerumus ke jalan yang salah. Hiburan dilihat semakin menjadi keutamaan sehinggakan banyak pusat-pusat hiburan didirikan. Bila sudah banyak pusat hiburan maka ramailah manusia yang tidak putus-putus berkunjung tanpa mengira siang dan malam seperti pusat karaoke, disko dan sebagainya. Itu tidak termasuk lagi dengan rangkaian internet yang sememangnya tiada sempadan. Bisa saja manusia menonton perkara yang ditegah oleh agama melaluinya. Hanya keimanan sahaja yang mampu menjadi benteng kerakusan nafsu. Dalam hatiku berkata,"mahukah kita melihat kita semua ditimpa bala?" sepertimana yang telah berlaku di Indonesia dan banyak lagi din negara lain. Hati ini cuma mampu berdoa agar kita semua sentiasa terpelihara oleh rahmatNya...Renungkanlah....
0
comments
Tuesday, June 1, 2010
Perempuan tidak boleh disamakan dengan lelaki....
Sebulan sudah berlalu..Begitu pantas sekali masa berjalan kurasakan. Saki baki masa cutiku tinggal sebulan saja lagi. Apa yang dirasakan sekarang mestilah perasaan boring tahap maksima yang sememangnya berlawanan sekali dengan masa belajar di universiti yang sememangnya agak sibuk. Sempena dengan rasa keboringan ini, kutampil jua di hadapan skrin wajah laptop acer aspire4930 ku yang bagaikan kain lusuh ini untuk mencoretkan sedikit pengalaman berkawan dengan seorang perempuan masa ku bekerja di salah sebuah pasar borong di negeri tempat kelahiranku, Terengganu. Apa yang nak dikongsikan disini, memang pada dasarnya aku memandang hormat pada mana-mana sahaja perempuan. Bagiku perempuan tidak boleh disamakan dengan lelaki. Perempuan harus dilayan dengan lemah lembut. Namun begitu lain pula halnya dengan dia,perangai si dia tidak menampakkan sedikit pun naluri seorang wanita yang lemah lembut. Setiap patah perkataannya bisa saja menyemarakkan api kemarahan sesiapa sahaja yang sedang marah. Namun, aku tak sedikit pun pedulikan apa yang dikatakan olehnya. Bagiku dia hanya adik dan budak yang masih mentah. Fikiran pun belum lagi matang untuk membuat sesuatu keputusan. Pernah juga si dia membakar hatiku, namun aku hanya diam bersabar. Kadangkala aku lihat dia termenung dan adakalanya aku lihat dia menangis.Hatiku tertanya-tanya apakah dia bergaduh dengan teman lelaki??Ku teringin sangat melihat si dia berubah. Aku yakin si dia bukanlah seteruk yang kusangkakan. Aku mula berhenti setelah hampir 2 minggu bekerja oleh kerana perasaan malas dan tak mahu bergantung duit ibu bapa. Setelah seminggu berhenti, aku diajak oleh si dia untuk bertemu di tempat kerja. Dibelanjaku nasi ayam yang memang kegemaran si dia. Oleh kerana rezeki, ak tak menolaknya. Baru semalam aku bermesej dengan si dia. Aku cuma ingin kenali dia dengan lebih dekat dan pelbagai soalan kulontarkan padanya..akhirnya terbongkarlah satu rahsia. Si dia menceritakan segala-galanya padaku tentang masalah hidupnya yang sememangnya tak bersangkutan dengan hidupku. Si dia selalu menangis kerana masalah yang dihadapi sejak mak ayahnya sudah tidak sehaluan. Si dia adalah anak yang baik dan tidak mahu bergantung dan menyusahkan kawan-kawan dan ahli keluarga. Aku amat terharu mendengar cerita si dia dan sebagai kawan ku cuba berikan si dia kekuatan dengan kata-kata semangat dan nasihat. Aku berharap agar aku dapat lembutkan hati si dia suatu hari nanti agar si dia menjadi wanita yang sejati..Aku amat bersimpati atas nasib hidupnya..Pada fikiran si dia menjadi sebegitu kerana selalu tertekan dengan masalah yang dihadapi..hanya keseronokan saja yang dicarinya untuk mengubati duka..sehinggakan si dia terpesong ke jalan salah...ku doakan agar si dia berubah suatu hari nanti..
Kalau kita di tempat mereka..macamana?
Hari demi hari,tahun demi tahun detik waktu telah pun berlalu. Usia pun sudah meningkat ke alam dewasa. Terasa begitu cepat sekali masa berlalu. Teringat pula di masa usia remaja dahulu. Begitu sukar bagiku untuk menentukan halatuju dan matlamat diriku yang sebenar. Diri terasa bagaikan diulit satu perasaan yang sentiasa berubah-ubah bagaikan lalang ditiup angin. Sentiasa sahaja mahu diturutkan rasa dan keinginan hati. Sehinggakan kadangkala diri terhanyut oleh nafsu dan keinginan duniawi. Memang betul lah kata-kata orang tua, masa muda adalah masa untuk menentukan jalan kehidupan samada jalan putih atau jalan hitam. Silap pilihan masa muda menyesal lah di waktu tua nanti. Sehinggakan diri telah membuat sesuatu yang tidak sepatutnya. Dalam hati selalu bertanya, siapakah diriku yang sebenar??? Persoalan sebegitu telah membuat diri terasa bingung. Pernah diri terasa tiada apa, pernah diri dibelenggu oleh rasa takut, takut untuk berdepan dengan dunia yang sememangnya penuh pancaroba. Sehinggakan diri terasa begitu lemah tak bermaya. Namun iman dihati masih lagi mampu bertahan. Setiap ajaran syaitan ku hindari, setiap tabiat buruk yang ku pelajari dari kawan kutinggalkan. Ku cuba lepaskan diri dari lembah hitam yang kelak akan menghancurkan diri sendiri. Setiap kata-kata semangat dan nasihat kuturuti. Ku atur seribu langkah untuk pastikan diriku tak akan kembali lagi pada diriku masa silam. "Aku tak mahu lagi!!aku tak mahu!!"hatiku menjerit. Akhirnya usahaku berhasil. Pengalaman sememangnya telah banyak mengajar diriku. Mengajar aku untuk menjadi lebih matang, menjadi lebih berwaspada dalam menjalani kehidupan di hari yang mendatang. Ku renung sejauh-jauhnya di hadapan bagi membuat sesuatu keputusan. Kerna ku tahu jika tersilap satu langkah, kelak diri sendiri akan terjatuh ke dalam perangkap syaitan dan diri akan tersesat. Hati menyoal," mengapa perlu diikutkan perasaan? mengapa perlu diikutkan nafsu? sedangkan kita manusia yang diberi akal dan fikiran oleh tuhan untuk berfikir, supaya kita dapat memilih jalan yang sebetul-betulnya". Namun begitu masih ramai lagi di antara kita yang masih terperangkap ke lembah syaitan. Masih ramai lagi di antara kita yang tergoda oleh hawa nafsu dan keindahan dunia serta isinya. Sesungguhnya aku masih lagi bersyukur di atas segala nikmat dan pemberian tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ku sedar diri ini sentiasa diperhati dan sentiasa diawasi oleh tuhan ya rabbi. Kusedar diri ini sentiasa terpelihara olehNYA. Kusedar setiap dugaan yang dihadapi adalah sekadar ujian yang diberikan olehNYA supaya diri sentiasa sedar dan bersyukur padaNYA. Aku bersyukur kerana Dia masih lagi mengasihi hambaNYA ini yang lemah dan sentiasa membuatkan Rakib dan Atid selalu mencatat segala dosa-dosa yang dilakukan. Alangkah bagusnya jika diriku menyedarinya sejak kecil lagi. Begitulah sedikit sebanyak tentang perjalanan hidupku. Diri sememangnya bertekad untuk tidak melakukan kesilapan lagi. Cuba kita fikir dan renungkan sejenak tentang zaman sekarang..Betapa ramainya manusia yang telah tersesat ke jalan yang salah. Gejala sosial semakin bertambah jumlahnya hari demi hari sehinggakan hampir setiap hari kisah tentang gejala sosial seperti rogol, zina, rempit dan buang bayi terpampang di dada akhbar..masyaAllah..begitu teruknya remaja zaman sekarang. Dalam hati bertanya "kenapa dengan remaja sekarang?kenapa mereka sanggup berbuat demikian?" Mungkin di setiap keruntuhan moral mereka ada sebab yang tersendiri. Memang tidak dapat dinafikan bahawa manusia punyai masalah tersendiri seperti masalah keluarga, masalah kesempitan wang sehinggakan ada di antara kita yang sanggup mengambil jalan yang mudah walaupun menyedari bahawa jalan yang di ambil itu adalah salah di sisi agama dan etika kemanusiaan. Sehinggalah berlakunya kes seperti judi dan kelahiran anak luar nikah. Jelas, mereka telah melampaui batasan agama. Jika difikirkan apa gunanya kita beragama jika tidak taat dan patuh pada ajaran agama. Namun, inilah hakikat yang berlaku pada remaja-remaja di negara kita pada zaman sekarang. Persoalanku di sini masihkah kita ini masih bersyukur pada tuhan? Kita di Malaysia hidup penuh selesa dan aman damai. Walau sesusah mana pun di sini ada lagi manusia yang lebih susah seperti di negara lain. Masih ada yang sanggup mencari rezeki dengan cara yang haram walaupun masih banyak lagi pekerjaan yang halal. Di negara lain seperti Afghanistan masih ramai lagi yang kebuluran, yang kehausan disebabkan peperangan yang berlaku. Keadaan mereka lebih teruk dari kita di Malaysia kerana hampir setiap hari bom dilontarkan secara percuma yang akhirnya menyebabkan ramai yang cedera dan menderita malah ada yang terkorban. Pernahkah kita fikir jika sekiranya kita berada di tempat mereka, mampukah kita menahan setiap dugaan yang dilalui seperti kehilangan ahli keluarga yang dikasihi, tempat tinggal, ancaman keselamatan dan juga kecederaan. Mampukah kita??Cuba tanya diri kita masing-masing. Sudah semestinya kita tidak mampu melainkan kita betul-betul beriman dan bertakwa pada Allah s.w.t. Sebagai remaja bersamalah kita fikirkan balik. Usia muda adalah usia yang paling sesuai untuk kita bekerja, beribadah dan membuat perkara kebaikan sebagai bekalan di akhirat nanti. Ingatlah bahawa mati itu sentiasa menanti. Jika kita lihat zaman sekarang manusia lebihkan perkembangan lahiriah berbanding rohaniah. Kesilapan inilah salah satu penyebab terhadap keruntuhan moral di kalangan remaja kita pada hari ini. Apa yang amat dikesalkan adalah hiburan dicari-cari, agama di mungkiri. Artis dipuja, ulama dihina. Lumrah dunia akhir zaman. Apa yang dicoretkan ini sekiranya betul ambillah sebagai peringatan dan jika dilihat sebagai satu kesilapan cuba fikirkan balik. Sebab kita ni manusia yang memang takkan terlepas dari membuat kesilapan. Selagi waktu masih ada, selagi tubuh masih bernyawa bersamalah kita memperbaiki segala kesilapan yang lalu..jangan biarkan diri terus ke jalan yang sesat selama-lamanya.......
0
comments
Monday, May 31, 2010
Berbaik sangka..
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." Q.S Al-Hujuraat : 6.
0
comments
Saturday, January 2, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)