Assalamualaikum semua...harap anda semua sihat. Malam ni aku nak cakap pasal satu benda yang aku fikir amat penting bagi kite semua. Sebelum tu aku nak tanye, siape yang tak pernah ada masalah? Aku yakin bahawa semua akan jawab 'ya'. Mungkin ada di antara kita yang mengeluh bila berhadapan dengan banyak masalah. Tapi percayalah sebenarnya Tuhan tu maha adil. Setiap apa yang kita lalui tu semua ada hikmahnya. Apa yang aku nampak dari pengalaman hidup adalah aku telah banyak belajar menyelesaikan masalah. Pernah satu ketika dulu aku hampir berputus asa dalam diri. Aku yakin bahawa setiap masalah yang dihadapi adalah untuk menguji kemampuan kita untuk menyelesaikannya. Semakin banyak dugaan yang berjaya kita tempuhi semakin kuat diri kita..Kita harus belajar menjadi penyelesai masalah..Problem
solver..
0 comments:
Post a Comment