Di pagi yang masih gelap ini aku masih lagi tak mengantuk. Jadi aku nak teruskan lagi dengan topik lain yaitu berkaitan dengan satu proses pembelajaran. Proses pembelajaran ini tak lain tak bukan yaitu belajar menerima kelemahan yang ada pada diri orang lain. Mungkin ramai yang tak pernah berfikir tentang hal ni. Jadi apa salahnya aku cuba bukak minda korang semua pasal benda ni.
Jadi, nak dijadikan ceritanya aku ada seorang "roomate" dalam sebuah bilik yang menempatkan hanya 2 orang. Aku mula kenal dia pada awal sem 1 di tahun 2 pengajian. Kali pertama aku akui bahawa dia mempunyai satu kelebihan dengan sifatnya yang peramah. Namun setelah aku berada dalam satu bilik dengannya barulah aku tahu akan sifat sebenar yang ada pada dirinya. Terkadang aku sangat rimas dengan sikapnya yang tak menentu. Kadangkala rajin dan kdangkala malas. Hal itu membuatkan aku merasakan tidak senang. Dia juga sering bergantung hidup atau berharap pada orang lain. Sikap itulah yang membuatkan aku tidak senang sehinggakan pada suatu hari aku mengajak dia membeli makanan namun dikatakan padaku yang dia sudah kenyang dan malas untuk membeli lauk. Lalu disuruhnya untuk membeli makanan sehinggakan aku tidak layan permintaannya dan aku cuba mengajak dia pergi bersamaku.
Keadaan itu membuat aku tidak senang hidup dengan erti kata hidup sebilik sepertimana mereka yang tinggal di bilik lain yang serumah denganku. Mereka dapat pergi membeli makanan bersama dan makan bersama-sama sedangkan aku makan seorang diri disebabkan dia yang makan tak tentu masa. Hari demi hari aku cuba memberontak dengan pergi membeli makanan dan makan seorang diri tanpa mengajaknya dengan niat untuk mengajar dia. Namun, lain pula jadinya kerana dia mula menyalahkan diriku kerana tidak makan bersama-sama dengannya. Katanya dia tidak suka makan seorang diri. Dengan kelebihan yang ada dia menyebarkan cerita bahawa aku ini seorang yang suka makan seorang diri dan tak suka berkongsi. Dalam hati aku terasa amat marah kerana dia telah memperburukkan diriku. Dia juga tidak menghormati hak aku sebagai seorang roomate.
Dia tidak berhak untuk bercerita tentang diriku pada orang lain. Begitu juga dengan aku yang tak pernah memperburukkan dirinya di hadapan orang lain. Namun, sebagai roomate aku hanya bersabar. Aku terus berfikir dan cuba menerima apa yang berlaku. Aku cuba menerima segala kelemahan dia dan cuba memaafkan supaya hati aku menjadi tenang dan alhamdulillah sekarang hubungan kami semakin pulih..Jadi moral di sini adalah kita perlu berusaha memaafkan kesalahan orang lain dan cuba menerima segala kelemahan diri mereka. kelemahan diri mereka itulah yang menjadi punca mereka membuat kesilapan terhadap diri kita. Berbanyaklah bersabar dan jangan sesekali kita berdendam dengan sesiapa kerana itu hanya akan merugikan diri kita sendiri..Jadi, setakat itu saja perkongsian aku pada pagi ni...k,bye..
0 comments:
Post a Comment