Assalamualaikum semua..semoga kali ni anda semua dalam keadaan sihat belaka. Jadi sebelum memulakan perjalanan cerita baik aku tanya dulu korang tentang persoalan yang ada di minda aku sekarang ni. Soalannya macam ni "pernahkah anda merasakan bahawa diri anda tidak seperti diri anda yang sebenar?"Wow..soalan die bunyi macam pelik bukan. Tapi percayalah bahawa tiap-tiap orang akan mengalami situasi sebegini. Sebab itulah ada pepatah yang mengatakan bahawa "hidup ini umpama roda yang sedang berputar". Jadinya apa yang aku paham di sini adalah hidup ini sering berubah disebabkan pelbagai perkara yang berlaku. Terkadang kita tak dapat mengawal emosi kita yang sedang terganggu sehingga memberi kesan terhadap keyakinan diri kita.
Bayangkan kita sedang menaiki roda besar yang ada di mana-mana fun fair. Kedudukan kita sentiasa saja berubah mengikut ketinggian disebabkan pergerakan atau putaran roda tersebut. Namun, apa yang dapat aku fikirkan bahawa selagi mana roda itu berputar selagi itulah kedudukan kita akan berubah. Maksudnya selagi mana kita hidup yaitu perjalanan hidup, kita akan sentiasa berada di atas dan kadangkala di bawah secara silih berganti. Tapi apa yang penting adalah pegangan kita. Tak kiralah betapa gembiranya kita bila cemerlang mahupun kecewanya kita bilamana kita gagal hendak kita tetapkan pendirian. Jangan mudah alpa dan jangan mudah kecewa serta cepat berputus asa. Setiap apa ujian yang melanda tak bererti bahawasanya ia akan memberi keburukan kepada kita. Mungkin apa yang berlaku itu adalah banyak kebaikan daripada keburukan yang kita terima.
Sebaiknya kita fikirkan apa yang perlu kita buat untuk menjamin masa hadapan kita. Kenal pasti apa yang sepatutnya kita lakukan demi kebaikan kita di masa yang akan datang. Cubalah cari di mana kelemahan dan kelebihan diri kita. Yang lemah kita cuba akui dan cuba perbaiki dan kelebihan yang ada itu cubalah kita manfaatkan kerana tak semua manusia yang punyai kelebihan yang kita ada. Hargailah apa yang kita ada demi memperlengkapkan hidup semua manusia yang ada di sisi kita kerana kita hidup di muka dunia untuk alaing memperbetulkan segala kesilapan dia antara satu sama lain..Semoga kita menjadi orang yang berguna dan belajar dari segala kejayaan dan juga kegagalan yang kita terima..
0 comments:
Post a Comment