Menjadi Penyelesai Masalah!!!



Assalamualaikum semua...harap anda semua sihat. Malam ni aku nak cakap pasal satu benda yang aku fikir amat penting bagi kite semua. Sebelum tu aku nak tanye, siape yang tak pernah ada masalah? Aku yakin bahawa semua akan jawab 'ya'. Mungkin ada di antara kita yang mengeluh bila berhadapan dengan banyak masalah. Tapi percayalah sebenarnya Tuhan tu maha adil. Setiap apa yang kita lalui tu semua ada hikmahnya. Apa yang aku nampak dari pengalaman hidup adalah aku telah banyak belajar menyelesaikan masalah. Pernah satu ketika dulu aku hampir berputus asa dalam diri. Aku yakin bahawa setiap masalah yang dihadapi adalah untuk menguji kemampuan kita untuk menyelesaikannya. Semakin banyak dugaan yang berjaya kita tempuhi semakin kuat diri kita..Kita harus belajar menjadi penyelesai masalah..Problem
solver..



Menunggu Izara Aisyah di ABPBH Tour



Black dan Awie Rafael..piece!!!


Black



Sheila Amzah dan Scha yang cantik...




Aaron Aziz...paling ramai peminat sebab bunyi orang jerit sangat kuat.hheh



Along Raja Lawak dan Adi Putra

Assalamualaikum semua...harap semua sihat. Entah kenapa aku tak rasa
mengantuk lagi. Oleh kerana tak mengantuk jadi aku ambik keputusan untuk bercerita sikit pasal kisah hidup aku hari ni. Nak dijadikan ceritanya semalam bersamaan 4 Mac 2012 aku pergi ke Kuantan. Pada mulanya aku singgah di Megamall dengan niat nak beli camera digital. Sampai dekat sana aku dikejutkan dengan satu program iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) punya tour yang bertempat di Kuantan Megamall.

Yang sebenarnya aku tak terkejut pun dengan hal tu sebab aku dah tengok dalam facebook kepunyaan seorang artis yang sangat-sangat aku minati iaitu tak lain tak bukan izara aisyah. Katanya dalam fb die bertolak ke Kuantan dalam pukul 8 pagi. Jadi, mema
ndangkan waktu masih lagi mude aku dengan sorang member aku singgah ke ECM (East Coast Mall) dulu sebab aku dengar dorang ade buat PC Fair dekat sana. Mana la tahu kalau-kalau ada kamera digital dijual dekat sana.

Sesampainya kami di ECM kami berjalan-jalan melihat barangan komputer sambil mencari 'booth' yang menjual camera digital. Selang beberapa minit kami telah berjumpa booth tersebut dan nasibku amat baik sekali kerana harga yang ditawarkan begitu memu
askan. Akhirnya aku membeli camera tersebut dan terus bergerak ke Megamall. Sesampainya di sana program menjadi semakin meriah dengan kedatangan ramai artis seperti Aaron Aziz, Scha Al-yahya, Sheila Amzah, Along Raja Lawak, Black Mentor dan juga Awie Rafael. Aku tak melepaskan peluang untuk mengambil gambar mereka.


Cuma yang aku amat sedih hari tu adalah tunggu punya tunggu buah hatiku Izara Aisyah yang masih tak datang-datang. Oleh kerana menunggu terlalu lama kami

terus balik ke UMP dengan penuh kekecewaan..Hheh..




Oh, Izara...lihatlah..betapa cantiknye dirimu..

Duit, Untuk Makanan atau Barang-barang?



Assalamualaikum semua...harap korang semua sihat belake. Kali ni aku nak ajak korang semua berfikir tentang satu perkara yang nampak macam remeh. Bagi aku bende ni kalau tak difikirkan teruk jugak kesannya nanti sebab bende ni berkait dengan benda yang sangat diperlukan oleh semua orang yaitu tak lain tak bukan pasal "duit".

Ya, bila sebut pasal duit jer mesti semua orang nak dengar sebab memang duitlah yang diperlukan untuk kita miliki benda yang kita nak. Dengan duit kita boleh beli handphone, boleh beli camera, kereta dan sebagainya. Tapi kat sini aku bukannya nak bincang pasal dengan duit tu boleh beli ape. Aku cuma nak fikir macamana kita nak berbelanja bila kita dapat duit yang banyak sebab kalau kita tak bijak maka duit tu akan habis bila-bila masa saja. Lebih-lebih lagi kepada anak muda yang masih belajar.

Jadi, nak dijadikan cerita semasa aku duduk makan bersama roomate aku tadi dia ada bagitahu pada aku satu benda dan bunyinya macam ni "pasal duit aku tak berkira sangat dengan makanan, aku lebih berkire dengan beli barang". Lebih kurang macam tu la bunyinya. Ayat yang dikeluarkan oleh roomate aku tu betul-betul membuatkan aku berfikir. Dan sekarang ni biar aku kongsikan pada korang. Samada korang suke atau tak terpulanglah..

Tapi bagi aku, sebagai pelajar aku amat berkire dengan makanan. Antara sebabnya ialah:

1)makanan kalau beli banyak atau mahal akan habis jugak sekelip mate
2)makanan tak boleh guna dalam jangke masa lame (tak boleh simpan)
3)makanan diperlukan hari-hari (effect pada budget kalau silap berbelanja kalau terlalu ikut nafsu)

Jadi kat sini aku terfikir kalau aku tersilap berbelanja duit dengan makanan ni budget aku akan lari. Aku fikir baik aku beli barang yang diperlukan dan melibatkan minat kita. Contohnya kalau kita minat minat handset beli la handset. Kalau kita minat kamera, beli la kamera. Bende tu semua ada jugak nilainya. Bagi aku kalau bab beli makanan ni perlu berhati-hati kalau kita betol-betol nak berjimat. Jangan ambil mudah hal ni. Bagi aku tak perlu la nak makan sedap-sedap hari-hari. Cukuplah sekadar mengenyangkan perut..Yang penting sekali perbelanjaan tu kite kena rancang dengan teliti dan laksanakan dengan hati-hati..Jadi, setakat tu jer yang dapat aku kongsi..k, bye..

Belajar Menerima Kelemahan Orang Lain


Di pagi yang masih gelap ini aku masih lagi tak mengantuk. Jadi aku nak teruskan lagi dengan topik lain yaitu berkaitan dengan satu proses pembelajaran. Proses pembelajaran ini tak lain tak bukan yaitu belajar menerima kelemahan yang ada pada diri orang lain. Mungkin ramai yang tak pernah berfikir tentang hal ni. Jadi apa salahnya aku cuba bukak minda korang semua pasal benda ni.
Jadi, nak dijadikan ceritanya aku ada seorang "roomate" dalam sebuah bilik yang menempatkan hanya 2 orang. Aku mula kenal dia pada awal sem 1 di tahun 2 pengajian. Kali pertama aku akui bahawa dia mempunyai satu kelebihan dengan sifatnya yang peramah. Namun setelah aku berada dalam satu bilik dengannya barulah aku tahu akan sifat sebenar yang ada pada dirinya. Terkadang aku sangat rimas dengan sikapnya yang tak menentu. Kadangkala rajin dan kdangkala malas. Hal itu membuatkan aku merasakan tidak senang. Dia juga sering bergantung hidup atau berharap pada orang lain. Sikap itulah yang membuatkan aku tidak senang sehinggakan pada suatu hari aku mengajak dia membeli makanan namun dikatakan padaku yang dia sudah kenyang dan malas untuk membeli lauk. Lalu disuruhnya untuk membeli makanan sehinggakan aku tidak layan permintaannya dan aku cuba mengajak dia pergi bersamaku.

Keadaan itu membuat aku tidak senang hidup dengan erti kata hidup sebilik sepertimana mereka yang tinggal di bilik lain yang serumah denganku. Mereka dapat pergi membeli makanan bersama dan makan bersama-sama sedangkan aku makan seorang diri disebabkan dia yang makan tak tentu masa. Hari demi hari aku cuba memberontak dengan pergi membeli makanan dan makan seorang diri tanpa mengajaknya dengan niat untuk mengajar dia. Namun, lain pula jadinya kerana dia mula menyalahkan diriku kerana tidak makan bersama-sama dengannya. Katanya dia tidak suka makan seorang diri. Dengan kelebihan yang ada dia menyebarkan cerita bahawa aku ini seorang yang suka makan seorang diri dan tak suka berkongsi. Dalam hati aku terasa amat marah kerana dia telah memperburukkan diriku. Dia juga tidak menghormati hak aku sebagai seorang roomate.

Dia tidak berhak untuk bercerita tentang diriku pada orang lain. Begitu juga dengan aku yang tak pernah memperburukkan dirinya di hadapan orang lain. Namun, sebagai roomate aku hanya bersabar. Aku terus berfikir dan cuba menerima apa yang berlaku. Aku cuba menerima segala kelemahan dia dan cuba memaafkan supaya hati aku menjadi tenang dan alhamdulillah sekarang hubungan kami semakin pulih..Jadi moral di sini adalah kita perlu berusaha memaafkan kesalahan orang lain dan cuba menerima segala kelemahan diri mereka. kelemahan diri mereka itulah yang menjadi punca mereka membuat kesilapan terhadap diri kita. Berbanyaklah bersabar dan jangan sesekali kita berdendam dengan sesiapa kerana itu hanya akan merugikan diri kita sendiri..Jadi, setakat itu saja perkongsian aku pada pagi ni...k,bye..

Hidup Ibarat Roda






























Assalamualaikum semua..semoga kali ni anda semua dalam keadaan sihat belaka. Jadi sebelum memulakan perjalanan cerita baik aku tanya dulu korang tentang persoalan yang ada di minda aku sekarang ni. Soalannya macam ni "pernahkah anda merasakan bahawa diri anda tidak seperti diri anda yang sebenar?"Wow..soalan die bunyi macam pelik bukan. Tapi percayalah bahawa tiap-tiap orang akan mengalami situasi sebegini. Sebab itulah ada pepatah yang mengatakan bahawa "hidup ini umpama roda yang sedang berputar". Jadinya apa yang aku paham di sini adalah hidup ini sering berubah disebabkan pelbagai perkara yang berlaku. Terkadang kita tak dapat mengawal emosi kita yang sedang terganggu sehingga memberi kesan terhadap keyakinan diri kita.

Bayangkan kita sedang menaiki roda besar yang ada di mana-mana fun fair. Kedudukan kita sentiasa saja berubah mengikut ketinggian disebabkan pergerakan atau putaran roda tersebut. Namun, apa yang dapat aku fikirkan bahawa selagi mana roda itu berputar selagi itulah kedudukan kita akan berubah. Maksudnya selagi mana kita hidup yaitu perjalanan hidup, kita akan sentiasa berada di atas dan kadangkala di bawah secara silih berganti. Tapi apa yang penting adalah pegangan kita. Tak kiralah betapa gembiranya kita bila cemerlang mahupun kecewanya kita bilamana kita gagal hendak kita tetapkan pendirian. Jangan mudah alpa dan jangan mudah kecewa serta cepat berputus asa. Setiap apa ujian yang melanda tak bererti bahawasanya ia akan memberi keburukan kepada kita. Mungkin apa yang berlaku itu adalah banyak kebaikan daripada keburukan yang kita terima.

Sebaiknya kita fikirkan apa yang perlu kita buat untuk menjamin masa hadapan kita. Kenal pasti apa yang sepatutnya kita lakukan demi kebaikan kita di masa yang akan datang. Cubalah cari di mana kelemahan dan kelebihan diri kita. Yang lemah kita cuba akui dan cuba perbaiki dan kelebihan yang ada itu cubalah kita manfaatkan kerana tak semua manusia yang punyai kelebihan yang kita ada. Hargailah apa yang kita ada demi memperlengkapkan hidup semua manusia yang ada di sisi kita kerana kita hidup di muka dunia untuk alaing memperbetulkan segala kesilapan dia antara satu sama lain..Semoga kita menjadi orang yang berguna dan belajar dari segala kejayaan dan juga kegagalan yang kita terima..

Di Mana Letaknya Pegangan?




Assalamualaikum...selamat sejahtera. Nukilan ni saja je aku tuliskan sekadar untuk berkongsi benda yang aku fikir. Walaupun benda ni sukar untuk dinilai tapi aku harap kita dapat fikir sama-sama. Soalan pertama yang aku nak tanya, "pernahkah anda terfikir untuk menjadi orang lain?". Rata-rata aku rasa semua jawab "ya" kan sebab semua orang suka jadi orang yang sempurna. Contohnya kalau kita tengok drama korea, kalau yang lelaki mesti bayangkan dirinya "si jejaka" dan perempuan pulak mesti membayangkan dirinya "si gadis". Dalam kehidupan seharian pulak kalau kita tengok seseorang itu lebih baik daripada kita, contohnya bijak dalam pelajaran mesti kita pun rasa nak jadi macam mereka. Tapi hakikat yang sebenar kita tak mampu nak jadi macam mereka. Kalau dalam pelajaran tu mungkin "pick up" cepat tu kita mahu tapi benda tu kita tak mampu. Alangkah kecewanya diri kita. Terasa banyaknya kelemahan diri kita. Namun dalam sejarah hidup aku, aku tak pernah putus asa walaupun aku ni jeni lambat "pick up" sebab aku percaya walaupun aku ni jenis macam tu tapi aku bila dah dapat aku akan ingat. Aku akan hargainya. Aku pegang pada benda tu.

Dalam bab pelajaran memang sangat mencabar aku katakan. Sangat menguji kejujuran dan cara kita menilai sesuatu. Bagi orang yang terlalu jujur mungkin akan gagal manakala yang sebaliknya tu akan berjaya. Itulah realiti zaman sekarang. Aku malas pulak nak cakap tapi memang itulah kenyataan. Tapi disini seriously aku katakan bahawa usaha itu tangga kejayaan. Yang berjaya tu tetap berjaya bagi aku sebab mereka telah berusaha walaupun ada sesetengah yang tak jujur dan yang jujur sangat tu aku respect sebab mereka jujur pada diri sendiri dan telah berusaha sedaya upaya walaupun result mereka tak sehebat mereka yang bijak dan bijak meniru. Hehe, maaflah kalau ade yang terasa. Orang yang macam merekalah yang terbaik, mereka mungkin akan lahir sebagai seorang yang berintegriti di alam pekerjaan. Mereka punya pegangan yang baik. Tapi serious aku katakan, kita ada akal..selagi kita berfikir dan kita hargai akal kita maka kita akan temui di mana kehebatan diri kita..percayalah pada diri kita.Peganglah pada apa yang kita rasa apa yang kita percaya terbaik untuk diri yang kita kenali. Yang penting kita kena terima seteruk mana pun diri kita dan kita harus bersyukur. Bagi yang ada kelebihan janganlah ego sebab aku rasa itu hanya akan merugikan diri sendiri.. bukankah jodoh, rezeki tu semua di tangan Allah..


Modenass Terbaru




Semalam model terbaru moped modenass telah dilancarkan. Terkejut jugak bila dapat tahu yang modenass keluarkan model baru ni. Tapi sebelum tu aku ade dengar dari satu laman web best ni yang bagitahu modenass akan lancarkan model barunye dalam bulan 3. So, sekarang dah keluar dah model tu. Nama model ni Modenass Ace 115 Rekabentuk model moped baru tu bagi aku boleh tahan jugak. Lampu depan menarik jugak cuma lampu signal jer yang aku tak berkenan sangat die letak dkat kepale. Nampak pelik sikit. Mungkin model ni gabungan moped dengan scooter memandangkan lampu dah sedikit macam skuter ego s.
Hasil bacaan dari pelbagai blog termasuk laman web official modenas http://www.modenas.com.my/ aku dapat tahu yang motosikal ni rupanya meniru sedikit teknologi daripada model kawasaki. Di situ aku dapat lihat cara pemasangan absorber belakang antara model baru modenass dengan model kawasaki hampir sama atau sebijik sama.hheh. cube rujuk laman web ni http://duniamoto.com/permotoran/review-kawasaki-athlete-125/ @ http://sportbikewallpapers.blogspot.com/2011/07/kawasaki-athlete-modif.html . Overal, bagi aku model ni model yang paling 'cool' setakat ni modenass lancarkan selepas model modenass dinamik, cube tengok laman web ni http://www.arenakereta.com/20/03/2011/modenas-125-adalah-modenas-dinamik-dan-masih-dijual/.Mungkin ramai yang tak tahu akan kewujudan model ni. Rekabentuk dia seakan-akan model yamaha 135 lc. Tapi model kalau tak silap aku menggunakan enjin 2 lejang. Nak tengok gambar model 'terbaik' modenass baru ni cube tengok laman web ni. http://www.autoshift.net/v3/?option=com_content&view=article&id=247:modenas-ace-115-berkuasa-200cc&catid=1&Itemid=50&reset-settings Ape-ape pun aku ucapkan tahniah kepada modenass. Modenass terbaik!!! Ini membuktikan bahawa motosikal keluaran tempatan jugak setanding dengan jenama lain.

Kat bawah ni ade sedikit modenass ace punya specification:




Hit Countersclick here