ARGHH!!! PANIC DISORDER


Alhamdulillah..Akhirnya aku telah tahu apa penyakit yang sedangku alami..penyakit ini mungkin kurang popular ataupun jarang didengar oleh sesiapa.Tetapi percayalah, ramai dia antara kita yang tidak tahu mungkin disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan tentang aspek kesihatan diri. Tetapi bagi sesiapa yang alami pasti akan menderita kerana ia mungkin menggugat keyakinan dirinya. Bagi menguatkan keyakinan diri, aku telah mengambil langkah untuk mendekatkan diri kepada tuhan. Kerana aku tahu, hanya tuhanlah tempat kita mengadu. Bagi mereka yang tidak pernah alami, mereka mungkin memandang remeh. Akan tetapi bila terkena tahulah mereka nanti. Penyakit yang diceritakan tadi adalah penyakit "panic disorder". Kepada sesiapa yang alami janganlah bimbang kerana ia cuma permainan perasaan ataupun emosi. Cuma mereka perlu didedahkan dengan perkara ini. Kalau mereka tidak tahu maka tiada siapa akan dapat menolong mereka melainkan mereka berjumpa dengan pakar psikologi ataupun mereka ringan tangan untuk mencari sumber mengenai penyakit yang dialami mereka ini. Penyakit ini sebenarnya sangat merbahaya kepada mental kerana rasa bimbang yang amat sangat dirasai sehingga merasakan kesukaran untuk bernafas, jantung berdebar-debar dan kadang-kadang terasa ingin mati. Kalau ikut pengalaman aku, aku pernah bekerja sebagai cashier di satu supermarket. Kerja itu membuatkan belakang bahu aku bengkak dan urat pada leher depanku menjadi tegang. Masalah telah membuatkan aku susah hati dan selalu memikirkannya. Hinggakan aku merasakan simptom sesak nafas dan takut yang teramat sangat. Kadang-kadang membuat aku sukar untuk tidur. Tapi apa yang paling teruk adalah masalah ini akan terbawa-bawa sepanjang masa di mana ia akan membuat diriku sukar untuk menumpukan perhatian dan menjadi lemah semangat. Oleh sebab itu aku mengambil jalan untuk mendekatkan diri kepada tuhan. Dan akhirnya aku sedar bahawa ini adalah satu bentuk ujian buat diriku dan betapa tuhan menyayangi diriku ini..alhamdulillah...terima kasih ya Allah...



JANGAN BESIKAP PESIMIS

   Tatkala diri ini diuji oleh Allah s.w.t (ujian kesakitan) hati sentiasa menjadi lemah. Iman menjadi berkurang. Jadi, disitulah diri ini mula berfikir untuk bahawasanya diri ini harus bertindak pantas agar diri tidak mudah berputus asa. Sesuai dengan firman Allah s.w.t di dalam al-Quran yang bermaksud " Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya". Maka dengan itu diri ini sentiasa bersedia dan redha bahawasanya diri ini tidak akan lekang daripada diuji olehNya.


                                                                    Gambar hiasan

   Diri ini juga menyedari bahawasanya hidup ini tidak semudah yang kita fikirkan. Tidak seindah yang kita impikan. Adakalanya kita ketawa dan adakalanya kita bersedih kerana kehilangan sesuatu mahupun gagal dalam menempuhi ujian yang diberikan olehNya. Ini adalah kerana manusia itu pada hakikatnya adalah lemah dan memerlukan bimbingan agar sentiasa bersedia dan besikap positif atau dalam erti kata lainnya "optimis" yang lawanya adalah "pesimis" yang bermaksud sikap yang negatif. Bimbingan yang dimaksudkan di sini adalah bimbingan daripada Ilahi yaitu dalam bentuk hidayah ataupun petunjuk.

   Namun begitu ada di kalangan manusia yang mengambil jalan mudah untuk melupakan semua masalah yang dihadapi oleh mereka dengan terjebak dengan penyalahgunaan dadah, meminum arak dan yang paling teruk adalah dengan membunuh diri. Nauzubillahimindzalik. Oleh itu, manusia sebenarnya memerlukan bimbingan daripada Allah untuk menempuhi ujian kerana ujian itu sebenarnya adalah satu tanda kasih sayang daripada Allah untuk menjadikan seseorang itu sentiasa dekat kepadaNya. Dan agar manusia itu sedar bahawasanya mereka itu sebenarnya adalah hambaNya dan mereka perlu mengikut apa yang yang diperintahNya dan menjauhi apa yang dilarangNya.

   Kerana setiap apa yang dilarang itu ada keburukan dan setiap apa yang baik itu ada kebaikannya. Dan disebabkan itulah Allah memberi balasan yang setimpal dengan apa yang dilakukan oleh manusia itu sendiri dimana kebaikan akan dibalas dengan pahala dan kejahatan pula akan dibalas dengan dosa. Namun begitu, ramai lagi di kalangan manusia yang masih tidak sedar akan hal ini disebabkan mata hati mereka telah buta. Hati mereka itu sebenarnya telah dikotori oleh perkara-perkara maksiat dan kejahatan.

    Ketahuilah bahawasanya tompok hitam akan melekat di hati jika manusia itu melakukan maksiat dan hati akan menjadi gelap sekiranya terlalu banyak maksiat dilakukan dan akhirnya manusia itu akan hidup di dalam kegelapan. Kerana itu diri ini amat berhati-hati dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Bimbang jika sekiranya diri ini tersungkur lagi kerana dibelenggu oleh kegelapan hati dan kejahilan diri. Diri selalu berdoa pada Ilahi agar sentiasa diberikan kekuatan dan juga pedoman untuk mengharungi segala ujian. Diri juga berdoa agar dipermudahkan segala urusan dan juga diberikan ketenangan dalam menempuhi hari-hari yang mendatang.InsyaAllah...

    Semoga dengan nukilan ini dapat kita fikirkan bersama-sama...dan ingatlah Allah itu tidak akan mengubah nasib seseorang itu jika dia tidak berusaha untuk mengubah nasib dirinya sendiri...Semoga Allah memberkati hidup kita semua..InsyaAllah...

Sekian saja..Wallahua'lam....


                                                                    
                                                                  Gambar hiasan

Drama Korea Yang Terbaek



Salam semua...Kali ni ni aku nak kongsikan satu cerita yaitu drama korea yang bertajuk Love Story In Harvard yang agak menarik untuk kita semua. Aku cuma nak nyatakan pendapat aku saja sebab aku rasa kisah ni sangat berbaloi dan kena sangat untuk semua golongan lebih-lebih lagi untuk orang-orang muda yang bergelar student dan akan melangkah ke alam pekerjaan. Kisahnya bermula dengan seorang lelaki yang ingin melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yaitu universiti Harvard. Dalam mengejar impiannya untuk menjadi seorang peguam dia telah ditakdirkan bertemu dengan seorang perempuan yang hidupnya susah tetapi pandai berdikari untuk meneruskan hidup dan menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di universiti yang sama. Cerita ini sangat menyentuh perasaan aku kerana melihat pengorbanan seorang lelaki yang bersifat sangat membela dan sifat itu amat sesuai dengan dirinya yang bercita-cita menjadi peguam.Aku juga percaya bahawa drama ini berjaya memberikan kesedaran terhadap sesiapa sahaja yang ingin mengejar impian iaitu untuk menjadi seorang berjaya perlulah ada pengorbanan, keikhlasan hati, meenghargai seseorang dan banyak lagi. Last skali, anda semua patut tonton drama ini (bagi yang kurang minat drama korea).  .

Budak Bawah Umur Merompak...

Salam...kali ni aku nak kongsi kes budak kecik yang dah pandai mencuri..kecik-kecik dah pandai dah..ganas pulak tu menyerang..tapi kan dekat dalam video tu kalau kire kurang bijak jugak la orang yang jage dekat dalam tu..sepatotnye die hempap je budak yang masuk dekat lubang tu..kalau tak ape gunenye ade grill yang dah pasang dekat situ kn..aduhai..kesian jugak tengok yang tukang jage kaunter tu kene libas dengan parang..ganas budak tu (pakai cermin mate pun bleh jadi ganas)..

Tapi ape pun kalau kita fikir salah siapakah tu? anak-anak muda zaman sekarang dah berubah..seiring dengan revolusi kehidupan..dan adakah mereka sendiri yang mahu berubah untuk jadi begitu???ataupun dunia yang telah merubah mereka menjadi sedemikian...mungkin disebabkan terdesak wang, masalah keluarga, pengaruh rakan sebaya dan banyak lagi faktor yang mendorong mereka...jadi, kita harus berbuat sesuatu dan bukannya menuding jari ke arah satu sama lain..gunakan jalan penyelesaiaan yang bijaksana untuk tangani masalah remaja zaman sekarang...

Membungkus Tapai di musim perayaan

Salam...hari ni saya nak tunjuk la care-care orang buat tapai atau kalau dekat pantai timur khususnya orang Terengganu die panggil 'tapir'.haha..pelik tu kan bunyinye..macam name haiwan pun ade..tapi itu la hakikatnye..so, dekat bawah tu ade la gambar-gambar seseorang tu bersemangat nak buat 'tapir' ni..hha..







Lagu Baru Peterpan Band Ciptaan Peminat..

   

      Salam sejahtera kepada semua..kali ni aku nak tunjukkan sedikit video yang telah di'upload'kan dalam youtube oleh seorang peminat sejati peterpan.haha. Jadi kepada peminat-peminat petrpan sila la tengok video ni sebab aku rasa lagu die macam betol-betol match dengan kumpulan peterpan band lah. suare pun ade mirip-mirip ariel peterpan..so, sila la tengok video tu dan komen...

Proton Saga Estate????Biar betol...

Saga estate FL



Naza Citra


Saya rasa tak ramai yang tahu pasal model ni..Sebab mungkin sebab ia tak diperkenalkan lagi..hhah..cume nak tunjuk gambar-gambarnya saje...Model die ala-ala gaye model naza citra kan jadinye..

dekat belakang pulak macam van pun ade..(tak kutuk ye..cume pandangan k..)..pape pun ok la..kemas jugak..dekat malaysia takde lagi design yang macam ni kan..hha..


Hit Countersclick here