Drama Korea Yang Terbaek



Salam semua...Kali ni ni aku nak kongsikan satu cerita yaitu drama korea yang bertajuk Love Story In Harvard yang agak menarik untuk kita semua. Aku cuma nak nyatakan pendapat aku saja sebab aku rasa kisah ni sangat berbaloi dan kena sangat untuk semua golongan lebih-lebih lagi untuk orang-orang muda yang bergelar student dan akan melangkah ke alam pekerjaan. Kisahnya bermula dengan seorang lelaki yang ingin melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yaitu universiti Harvard. Dalam mengejar impiannya untuk menjadi seorang peguam dia telah ditakdirkan bertemu dengan seorang perempuan yang hidupnya susah tetapi pandai berdikari untuk meneruskan hidup dan menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di universiti yang sama. Cerita ini sangat menyentuh perasaan aku kerana melihat pengorbanan seorang lelaki yang bersifat sangat membela dan sifat itu amat sesuai dengan dirinya yang bercita-cita menjadi peguam.Aku juga percaya bahawa drama ini berjaya memberikan kesedaran terhadap sesiapa sahaja yang ingin mengejar impian iaitu untuk menjadi seorang berjaya perlulah ada pengorbanan, keikhlasan hati, meenghargai seseorang dan banyak lagi. Last skali, anda semua patut tonton drama ini (bagi yang kurang minat drama korea).  .

0 comments:

Post a Comment

Hit Countersclick here