Duit, Untuk Makanan atau Barang-barang?



Assalamualaikum semua...harap korang semua sihat belake. Kali ni aku nak ajak korang semua berfikir tentang satu perkara yang nampak macam remeh. Bagi aku bende ni kalau tak difikirkan teruk jugak kesannya nanti sebab bende ni berkait dengan benda yang sangat diperlukan oleh semua orang yaitu tak lain tak bukan pasal "duit".

Ya, bila sebut pasal duit jer mesti semua orang nak dengar sebab memang duitlah yang diperlukan untuk kita miliki benda yang kita nak. Dengan duit kita boleh beli handphone, boleh beli camera, kereta dan sebagainya. Tapi kat sini aku bukannya nak bincang pasal dengan duit tu boleh beli ape. Aku cuma nak fikir macamana kita nak berbelanja bila kita dapat duit yang banyak sebab kalau kita tak bijak maka duit tu akan habis bila-bila masa saja. Lebih-lebih lagi kepada anak muda yang masih belajar.

Jadi, nak dijadikan cerita semasa aku duduk makan bersama roomate aku tadi dia ada bagitahu pada aku satu benda dan bunyinya macam ni "pasal duit aku tak berkira sangat dengan makanan, aku lebih berkire dengan beli barang". Lebih kurang macam tu la bunyinya. Ayat yang dikeluarkan oleh roomate aku tu betul-betul membuatkan aku berfikir. Dan sekarang ni biar aku kongsikan pada korang. Samada korang suke atau tak terpulanglah..

Tapi bagi aku, sebagai pelajar aku amat berkire dengan makanan. Antara sebabnya ialah:

1)makanan kalau beli banyak atau mahal akan habis jugak sekelip mate
2)makanan tak boleh guna dalam jangke masa lame (tak boleh simpan)
3)makanan diperlukan hari-hari (effect pada budget kalau silap berbelanja kalau terlalu ikut nafsu)

Jadi kat sini aku terfikir kalau aku tersilap berbelanja duit dengan makanan ni budget aku akan lari. Aku fikir baik aku beli barang yang diperlukan dan melibatkan minat kita. Contohnya kalau kita minat minat handset beli la handset. Kalau kita minat kamera, beli la kamera. Bende tu semua ada jugak nilainya. Bagi aku kalau bab beli makanan ni perlu berhati-hati kalau kita betol-betol nak berjimat. Jangan ambil mudah hal ni. Bagi aku tak perlu la nak makan sedap-sedap hari-hari. Cukuplah sekadar mengenyangkan perut..Yang penting sekali perbelanjaan tu kite kena rancang dengan teliti dan laksanakan dengan hati-hati..Jadi, setakat tu jer yang dapat aku kongsi..k, bye..

Belajar Menerima Kelemahan Orang Lain


Di pagi yang masih gelap ini aku masih lagi tak mengantuk. Jadi aku nak teruskan lagi dengan topik lain yaitu berkaitan dengan satu proses pembelajaran. Proses pembelajaran ini tak lain tak bukan yaitu belajar menerima kelemahan yang ada pada diri orang lain. Mungkin ramai yang tak pernah berfikir tentang hal ni. Jadi apa salahnya aku cuba bukak minda korang semua pasal benda ni.
Jadi, nak dijadikan ceritanya aku ada seorang "roomate" dalam sebuah bilik yang menempatkan hanya 2 orang. Aku mula kenal dia pada awal sem 1 di tahun 2 pengajian. Kali pertama aku akui bahawa dia mempunyai satu kelebihan dengan sifatnya yang peramah. Namun setelah aku berada dalam satu bilik dengannya barulah aku tahu akan sifat sebenar yang ada pada dirinya. Terkadang aku sangat rimas dengan sikapnya yang tak menentu. Kadangkala rajin dan kdangkala malas. Hal itu membuatkan aku merasakan tidak senang. Dia juga sering bergantung hidup atau berharap pada orang lain. Sikap itulah yang membuatkan aku tidak senang sehinggakan pada suatu hari aku mengajak dia membeli makanan namun dikatakan padaku yang dia sudah kenyang dan malas untuk membeli lauk. Lalu disuruhnya untuk membeli makanan sehinggakan aku tidak layan permintaannya dan aku cuba mengajak dia pergi bersamaku.

Keadaan itu membuat aku tidak senang hidup dengan erti kata hidup sebilik sepertimana mereka yang tinggal di bilik lain yang serumah denganku. Mereka dapat pergi membeli makanan bersama dan makan bersama-sama sedangkan aku makan seorang diri disebabkan dia yang makan tak tentu masa. Hari demi hari aku cuba memberontak dengan pergi membeli makanan dan makan seorang diri tanpa mengajaknya dengan niat untuk mengajar dia. Namun, lain pula jadinya kerana dia mula menyalahkan diriku kerana tidak makan bersama-sama dengannya. Katanya dia tidak suka makan seorang diri. Dengan kelebihan yang ada dia menyebarkan cerita bahawa aku ini seorang yang suka makan seorang diri dan tak suka berkongsi. Dalam hati aku terasa amat marah kerana dia telah memperburukkan diriku. Dia juga tidak menghormati hak aku sebagai seorang roomate.

Dia tidak berhak untuk bercerita tentang diriku pada orang lain. Begitu juga dengan aku yang tak pernah memperburukkan dirinya di hadapan orang lain. Namun, sebagai roomate aku hanya bersabar. Aku terus berfikir dan cuba menerima apa yang berlaku. Aku cuba menerima segala kelemahan dia dan cuba memaafkan supaya hati aku menjadi tenang dan alhamdulillah sekarang hubungan kami semakin pulih..Jadi moral di sini adalah kita perlu berusaha memaafkan kesalahan orang lain dan cuba menerima segala kelemahan diri mereka. kelemahan diri mereka itulah yang menjadi punca mereka membuat kesilapan terhadap diri kita. Berbanyaklah bersabar dan jangan sesekali kita berdendam dengan sesiapa kerana itu hanya akan merugikan diri kita sendiri..Jadi, setakat itu saja perkongsian aku pada pagi ni...k,bye..

Hidup Ibarat Roda






























Assalamualaikum semua..semoga kali ni anda semua dalam keadaan sihat belaka. Jadi sebelum memulakan perjalanan cerita baik aku tanya dulu korang tentang persoalan yang ada di minda aku sekarang ni. Soalannya macam ni "pernahkah anda merasakan bahawa diri anda tidak seperti diri anda yang sebenar?"Wow..soalan die bunyi macam pelik bukan. Tapi percayalah bahawa tiap-tiap orang akan mengalami situasi sebegini. Sebab itulah ada pepatah yang mengatakan bahawa "hidup ini umpama roda yang sedang berputar". Jadinya apa yang aku paham di sini adalah hidup ini sering berubah disebabkan pelbagai perkara yang berlaku. Terkadang kita tak dapat mengawal emosi kita yang sedang terganggu sehingga memberi kesan terhadap keyakinan diri kita.

Bayangkan kita sedang menaiki roda besar yang ada di mana-mana fun fair. Kedudukan kita sentiasa saja berubah mengikut ketinggian disebabkan pergerakan atau putaran roda tersebut. Namun, apa yang dapat aku fikirkan bahawa selagi mana roda itu berputar selagi itulah kedudukan kita akan berubah. Maksudnya selagi mana kita hidup yaitu perjalanan hidup, kita akan sentiasa berada di atas dan kadangkala di bawah secara silih berganti. Tapi apa yang penting adalah pegangan kita. Tak kiralah betapa gembiranya kita bila cemerlang mahupun kecewanya kita bilamana kita gagal hendak kita tetapkan pendirian. Jangan mudah alpa dan jangan mudah kecewa serta cepat berputus asa. Setiap apa ujian yang melanda tak bererti bahawasanya ia akan memberi keburukan kepada kita. Mungkin apa yang berlaku itu adalah banyak kebaikan daripada keburukan yang kita terima.

Sebaiknya kita fikirkan apa yang perlu kita buat untuk menjamin masa hadapan kita. Kenal pasti apa yang sepatutnya kita lakukan demi kebaikan kita di masa yang akan datang. Cubalah cari di mana kelemahan dan kelebihan diri kita. Yang lemah kita cuba akui dan cuba perbaiki dan kelebihan yang ada itu cubalah kita manfaatkan kerana tak semua manusia yang punyai kelebihan yang kita ada. Hargailah apa yang kita ada demi memperlengkapkan hidup semua manusia yang ada di sisi kita kerana kita hidup di muka dunia untuk alaing memperbetulkan segala kesilapan dia antara satu sama lain..Semoga kita menjadi orang yang berguna dan belajar dari segala kejayaan dan juga kegagalan yang kita terima..

Di Mana Letaknya Pegangan?




Assalamualaikum...selamat sejahtera. Nukilan ni saja je aku tuliskan sekadar untuk berkongsi benda yang aku fikir. Walaupun benda ni sukar untuk dinilai tapi aku harap kita dapat fikir sama-sama. Soalan pertama yang aku nak tanya, "pernahkah anda terfikir untuk menjadi orang lain?". Rata-rata aku rasa semua jawab "ya" kan sebab semua orang suka jadi orang yang sempurna. Contohnya kalau kita tengok drama korea, kalau yang lelaki mesti bayangkan dirinya "si jejaka" dan perempuan pulak mesti membayangkan dirinya "si gadis". Dalam kehidupan seharian pulak kalau kita tengok seseorang itu lebih baik daripada kita, contohnya bijak dalam pelajaran mesti kita pun rasa nak jadi macam mereka. Tapi hakikat yang sebenar kita tak mampu nak jadi macam mereka. Kalau dalam pelajaran tu mungkin "pick up" cepat tu kita mahu tapi benda tu kita tak mampu. Alangkah kecewanya diri kita. Terasa banyaknya kelemahan diri kita. Namun dalam sejarah hidup aku, aku tak pernah putus asa walaupun aku ni jeni lambat "pick up" sebab aku percaya walaupun aku ni jenis macam tu tapi aku bila dah dapat aku akan ingat. Aku akan hargainya. Aku pegang pada benda tu.

Dalam bab pelajaran memang sangat mencabar aku katakan. Sangat menguji kejujuran dan cara kita menilai sesuatu. Bagi orang yang terlalu jujur mungkin akan gagal manakala yang sebaliknya tu akan berjaya. Itulah realiti zaman sekarang. Aku malas pulak nak cakap tapi memang itulah kenyataan. Tapi disini seriously aku katakan bahawa usaha itu tangga kejayaan. Yang berjaya tu tetap berjaya bagi aku sebab mereka telah berusaha walaupun ada sesetengah yang tak jujur dan yang jujur sangat tu aku respect sebab mereka jujur pada diri sendiri dan telah berusaha sedaya upaya walaupun result mereka tak sehebat mereka yang bijak dan bijak meniru. Hehe, maaflah kalau ade yang terasa. Orang yang macam merekalah yang terbaik, mereka mungkin akan lahir sebagai seorang yang berintegriti di alam pekerjaan. Mereka punya pegangan yang baik. Tapi serious aku katakan, kita ada akal..selagi kita berfikir dan kita hargai akal kita maka kita akan temui di mana kehebatan diri kita..percayalah pada diri kita.Peganglah pada apa yang kita rasa apa yang kita percaya terbaik untuk diri yang kita kenali. Yang penting kita kena terima seteruk mana pun diri kita dan kita harus bersyukur. Bagi yang ada kelebihan janganlah ego sebab aku rasa itu hanya akan merugikan diri sendiri.. bukankah jodoh, rezeki tu semua di tangan Allah..


Modenass Terbaru




Semalam model terbaru moped modenass telah dilancarkan. Terkejut jugak bila dapat tahu yang modenass keluarkan model baru ni. Tapi sebelum tu aku ade dengar dari satu laman web best ni yang bagitahu modenass akan lancarkan model barunye dalam bulan 3. So, sekarang dah keluar dah model tu. Nama model ni Modenass Ace 115 Rekabentuk model moped baru tu bagi aku boleh tahan jugak. Lampu depan menarik jugak cuma lampu signal jer yang aku tak berkenan sangat die letak dkat kepale. Nampak pelik sikit. Mungkin model ni gabungan moped dengan scooter memandangkan lampu dah sedikit macam skuter ego s.
Hasil bacaan dari pelbagai blog termasuk laman web official modenas http://www.modenas.com.my/ aku dapat tahu yang motosikal ni rupanya meniru sedikit teknologi daripada model kawasaki. Di situ aku dapat lihat cara pemasangan absorber belakang antara model baru modenass dengan model kawasaki hampir sama atau sebijik sama.hheh. cube rujuk laman web ni http://duniamoto.com/permotoran/review-kawasaki-athlete-125/ @ http://sportbikewallpapers.blogspot.com/2011/07/kawasaki-athlete-modif.html . Overal, bagi aku model ni model yang paling 'cool' setakat ni modenass lancarkan selepas model modenass dinamik, cube tengok laman web ni http://www.arenakereta.com/20/03/2011/modenas-125-adalah-modenas-dinamik-dan-masih-dijual/.Mungkin ramai yang tak tahu akan kewujudan model ni. Rekabentuk dia seakan-akan model yamaha 135 lc. Tapi model kalau tak silap aku menggunakan enjin 2 lejang. Nak tengok gambar model 'terbaik' modenass baru ni cube tengok laman web ni. http://www.autoshift.net/v3/?option=com_content&view=article&id=247:modenas-ace-115-berkuasa-200cc&catid=1&Itemid=50&reset-settings Ape-ape pun aku ucapkan tahniah kepada modenass. Modenass terbaik!!! Ini membuktikan bahawa motosikal keluaran tempatan jugak setanding dengan jenama lain.

Kat bawah ni ade sedikit modenass ace punya specification:




Peristiwa di Bulan Ramadhan Yang Tak Dapat Dilupakan..


Pukul 2:30 pagi..aku masih lagi tidak dapat melelapkan mata walaupun hari sudah lewat malam. Hari ini adalah hari ke 21 umat Islam menunaikan ibadah puasa. Betapa fikiran ini hanya tertumpu pada peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Hati ini terasa bahawa diri ini telah jauh tersasar dari jalan yang sebenar. Ya, memang jauh dari jalan itu. Diri ini masih lagi lemah dari godaan nafsu. Masih lagi melakukan kejahatan walaupun berada dalam lingkungan bulan Ramadhan yang mulia ini. Aku sedar bahawa aku hanya insan yang lemah. Betapa lemahnya diri ini dan begitulah sifat manusia.
Sedang aku mengingati peristiwa itu tadi aku telah membuat perhitungan untuk diri sendiri. Nampaknya Tuhan telah memberi balasan terhadap diriku, mungkin untuk meyedarkan diriku ini yang telah terpesong dari jalanNYA. Alhamdulillah, syukurku kepada Allah s.w.t kerana masih lagi menyayagi hambaNYA yang pelupa dan lalai dengan nikmat yang telah diberikan. Teringat lagi aku semasa mengheret motosikalku yang mati di tengah jalan gara-gara kehabisan minyak. Mungkin silap diriku kerana tidak memeriksa dahulu kandungan isi minyak di dalam tangki sebelum keluar membeli baju raya bersama rakan-rakan.
Hendak dijadikan cerita, aku seorang diri dalam perjalanan pulang ke rumahku setelah keluar bersama rakan-rakan menaiki motosikal. Ketika dalam perjalanan lebih kurang 1 kilometer untuk sampai ke rumah, motosikal yang aku naiki tiba-tiba mati. Hah, pada masa itu aku baru teringat bahawa minyak di dalam tangki belum lagi diisi sejak dua tiga hari lalu dan aku membuat anggapan bahawa minyak sudah habis. "Matilah aku kali ni". Hati kecilku bersuara. Tanpa membuang masa, aku terus mengheret motosikal dalam gelap malam dan terang lampu jalan dengan harapan kedai yang berhampiran masih lagi dibuka. Namun hatiku hampa kerana tiada satu pun kedai yang dibuka memandangkan malam sudah lewat. Dalam keterpaksaan aku mengheret motosikal sejauh 1 kilometer dari rumahku. Dalam pemikiran terdetik juga perasaan takut.
Walaupun jaraknya tidaklah berapa jauh tetapi amatlah memenatkan kerana aku terpaksa berlari kerana bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini. Dalam keadaan tercungap-cungap aku berlari sambil mengheret motosikal yang kusayang. Tatkala itu aku merasakan tekakku semakin haus dan peluh mula membasahi baju yang kupakai. Sesekali kereta lalu-lalang dan itu sedikit membuatkan hatiku yang gelisah menjadi lega. Namun setiap kali motosikal lalu-lalang hatiku menjadi gelisah kerana bimbang akan berlaku kes-kes yang biasa kudengar daripada mulut rakan-rakan. Aku tahu betapa sekarang ini macam-macam perkara yang boleh terjadi kerana kebanyakan orang zaman lebih suka menyusahkan daripada menolong orang. Itu bukanlah omong-omong kosong yang aku katakan tetapi itulah hakikat dan realiti pada zaman sekarang seperti yang selalu dibaca dalam akhbar.
Mengheret motosikal sambil berlari terkadang membuatkan kakiku terasa amat penat dan terasa ingin rebah ke bumi. Namun aku kuatkan semangat mengharapkan aku akan sampai jua ke rumah dengan keadaan selamat. Berselang-seli aku meredah keterangan lampu jalan yang samar-samar dan juga kegelapan malam. Yang membimbangkan aku adalah ketika dalam keadaan gelap kerana memang lumrah manusia yang akan berasa takut dan bimbang jika berada di tempat yang gelap.
Dalam keadaan yang penat akhirnya sampai juga aku ke rumah kesayangan bak kata pepatah "rumahku syurgaku". Alhamdulillah...."Fuhhh..penatnya." Rengetku di dalam hati. Otot-otot pehaku terasa hampir kekejangan namun aku berusaha menghilangkannya dengan membuat larian setempat. "Nah..baru kutahu betapa penatnya mengheret motosikal sambil berlari. Itu baru 1 kilometer, belum lagi 10 kilometer."Bisikku di dalam hati.
Selepas itu aku masuk ke dalam rumah dengan membawa baju dan selipar raya dalam keadaan masih lagi penat. Selang dua tiga minit ibuku keluar dari biliknya setelah mendengar suaraku. Tak semena-mena pula aku dimarahinya. "kenapa kau tak telefon saja abah? telefon kan ada..Tak pasal-pasal dapat penat."Kata ibuku dalam nada sedikit marah. "Ala..dekat je tu. Bukannya jauh pun."Balasku sekadar hendak menyedapkan hati. Setelah mendapat beberapa "bebelan" dari ibuku, aku terus ke bilik menyimpan baju raya dan aku baru teringat yang aku belum lagi sembahyang fardhu isya'. Pada masa itulah aku baru sedar bahawa aku belum lagi menunaikan kewajiban aku sebagai seorang hamba. Dalam hati aku berfikir bahawa inilah balasan bagi hamba yang selalu lalai dan leka dengan kesibukan dunia. Aku terasa akulah insan yang paling rugi kerana selama ini aku jauh dari sisiNYA dan aku berharap selepas ini aku tak akan mengulanginya lagi. "Sudahlah solat isya' lambat, solat tarawikh pulak tak pergi. Aduh..padan muka aku. Dah kena balasan.."Bisikku dalam keinsafan.
Namun disini aku telah membuat andaian. Aku mengandaikan bahawa motosikal itu sebagai diri kita. Jika kita sentiasa mengisi miyak dan penuhkan dalam tangki motosikal, nescaya kita akan sampai ke destinasi dengan cepat dan selamat. Begitu juga dengan diri kita, jikalau kita sentiasa isikan diri kita, roh kita dengan iman dan takwa (minyak), InsyaAllah ia akan membantu, menyuluh (suluhan lampu motosikal yang menyala jika ada minyak) kita menyelusuri jalan kita(jalan lurus) ke Syurga(rumah). Ketakutan pada gelap dan penjenayah aku ibaratkan sebagai cabaran-cabaran yang akan mengganggu kita untuk meneruskan perjalanan ke jalan destinasi jika tiada iman.

gambar hiasan....

Orang yang hebat




Bila saja berbicara mengenai kehebatan siapa yang tidak kenal dengan nama Albert Einstein tentu saja kita mengangguk tanda kenal. Siapa yang tak kenal dia dengan kehebatan beliau dalam bidang Fizik. Bila saja menyebut nama Tun DR. Mahathir siapa yang tak kenal dengan kehebatan beliau sebagai Bapa Pemodenan di Malaysia. Bila saja terdengar orang menyebut nama Mark Zuckerberg siapa yang tak kenal dengan kehebatan beliau yang telah berjaya mencipta facebook yang menarik minat ramai manusia di seluruh pelusuk dunia untuk menggunakannya sebagai laman komunikasi utama malah lebih daripada itu lagi. Semua kejayaan ini adalah hasil daripada usaha jiwa-jiwa yang hebat yang sentiasa berfikir ke arah mewujudkan satu fenomena yang berada di luar jangkaan manusia. Lihatlah Albert Einstein sebagai contoh, beliau sentiasa berfikir tentang kejadian di alam yang nyata ini dan sering menimbulkan banyak persoalan dalam kepala bagi membolehkannya terus berfikir dan membuat penyelidikan sehingga beliau berjaya mengemukakan beberapa teorinya tersendiri. Begitulah besarnya kuasa berfikir yang telah dianugerahkan oleh tuhan. Berbalik dengan tajuk nukilan ini marilah kita berfikir bahawasanya kita semua mempunyai akal fikiran dan akal fikiran itulah yang menyebabkan manusia itu istimewa daripada makhluk-makhluk yang lain yang ada dimuka bumi ini. Dengan adanya akal fikiran, manusia semakin banyak melakukan perubahan dalam kehidupan seharian mereka sehinggakan wujudnya berbagai ciptaan yang memudahkan mereka untuk menjalani kehidupan seharian. Orang yang hebat-hebat sebenarnya adalah manusia yang sama seperti kita. Cuma yang membezakan mereka dengan kita adalah sejauh mana usaha dan cara kita semua berfikir dengan menggunakan akal untuk merungkai persoalan-persoalan yang ada dalam fikiran manusia. Dengan adanya kehendak kita, maka akan memudahkan lagi usaha dalam menyelesaikan sesuatu masalah ataupun persoalan dan inilah yang dinamakan 'hukum tarikan'. Bila ada kemahuan di situ akan ada usaha. Namun, harus diingat bahawa tidak semua hal dalam dunia ini memerlukan akal fikiran yang logik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Masalah tidak akan selesai sepenuhnya sekiranya manusia tidak dapat berfikir dengan baik. Itulah yang terjadi kepada dunia dan kehidupan jika sekiranya berpisah dengan agama. Kemajuan lahiriah dan juga kerohanian mestilah seimbang bagi mewujudkan kestabilan dunia yang berpanjangan. Andai kata kedua-dua ini terpisah, maka dunia pastinya akan menjadi hancur. Contohnya senjata moden digunakan untuk mempertahankan sesebuah negara namun apabila disalahgunakan oleh manusia untuk melakukan kekejaman maka hal ini adalah satu kerugian yang nyata bagi ummat manusia. Jadi, marilah sama-sama kita fikirkan..


Hit Countersclick here