Ujian Di Dunia...
Pernahkah anda merancang sesuatu dalam hidup tetapi bila anda berada di tengah jalan anda tersungkur?Pada masa tu tiada sesiapa pun yang datang menolong anda.Tiada siapa pun yang sudi menghulurkan tangan untuk memberi kata-kata semangat kepada anda untuk bangkit kembali dan anda terpaksa melalui liku-liku kesukaran bersendirian. Di saat itu juga hati anda pula tidak menentu dan tidak dapat membezakan antara yang benar dan yang salah. Dan pada masa itu juga anda tidak tahu di mana tempat untuk mengadu sehingga anda terbeban dengan bebanan amat berat sehingga anda tidak sanggup lagi menghadapinya. Inilah dunia...tempat yang tak penah lekang dengan pelbagai dugaan dan cubaan..Pernahkah anda merasa ketika anda menghadapi ujian, anda dibebani dengan ujian yang datang sekaligus sehingga mata seakan tertutup, tidak dapat dibuka lagi, kepala menjadi pening dan perasaan tidak keruan, tidak tahu ke mana arah hendak ditujui. Walau apapun hidup ini perlu ada pegangan dan sebaik-baik pegangan adalah tidak lain tidak bukan adalah agama Islam. Janganlah sesekali anda abaikan dan jangan dibiarkan jiwa anda kering kontang dengan didikan agama kerana agama sahaja yang dapat memandu anda ke jalan yang diredhai oleh Sang Pencipta. Kerapkanlah menghadiri kuliah-kuliah di masjid dan datang solat berjemaah. Semoga Allah tidak menyesatkan kita semua di dunia ini untuk menuju ke Akhirat nanti. InsyaAllah...
Aku tak selalunya berdiri...
Sesekali diriku diuji..
Terasa kakiku goyah..
Pandangan semakin kabur..
Iman semakin menipis...
Jiwa terasa sunyi..
hidup bertemankan sepi..
ke manakah lagi harus ku melangkah..
tiada siapa kah yang sudi membantu?
cuba menghulurkan tangan...
moga hilang segala beban..
agar redha dengan takdir tuhan..
kerana aku hanya manusia..
perlukan bimbingan dan kata-kata nasihat..
perlukan kata-kata semangat..
bukan lah kata-kata yang menghukum diriku..
hanya kerana kesalahan yang lampau..
biarkan diriku di sini..
menghela nafas yang panjang..
mendengus bukan merungut dengan takdir tuhan..
itu kerana aku bertarung dengan ujian...
yang bisa membuatku jatuh dan hilang pedoman...
Aku mohon padamu tuhan..
tunjukkanlah aku jalan..
dan jangan sekali-kali Kau letakkan aku dalam golongan yang keji..
yang selalu mengejar keduniaan...
yang telah menipu mata mereka...
tanpa mereka sedari...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment