ARGHH!!! PANIC DISORDER


Alhamdulillah..Akhirnya aku telah tahu apa penyakit yang sedangku alami..penyakit ini mungkin kurang popular ataupun jarang didengar oleh sesiapa.Tetapi percayalah, ramai dia antara kita yang tidak tahu mungkin disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan tentang aspek kesihatan diri. Tetapi bagi sesiapa yang alami pasti akan menderita kerana ia mungkin menggugat keyakinan dirinya. Bagi menguatkan keyakinan diri, aku telah mengambil langkah untuk mendekatkan diri kepada tuhan. Kerana aku tahu, hanya tuhanlah tempat kita mengadu. Bagi mereka yang tidak pernah alami, mereka mungkin memandang remeh. Akan tetapi bila terkena tahulah mereka nanti. Penyakit yang diceritakan tadi adalah penyakit "panic disorder". Kepada sesiapa yang alami janganlah bimbang kerana ia cuma permainan perasaan ataupun emosi. Cuma mereka perlu didedahkan dengan perkara ini. Kalau mereka tidak tahu maka tiada siapa akan dapat menolong mereka melainkan mereka berjumpa dengan pakar psikologi ataupun mereka ringan tangan untuk mencari sumber mengenai penyakit yang dialami mereka ini. Penyakit ini sebenarnya sangat merbahaya kepada mental kerana rasa bimbang yang amat sangat dirasai sehingga merasakan kesukaran untuk bernafas, jantung berdebar-debar dan kadang-kadang terasa ingin mati. Kalau ikut pengalaman aku, aku pernah bekerja sebagai cashier di satu supermarket. Kerja itu membuatkan belakang bahu aku bengkak dan urat pada leher depanku menjadi tegang. Masalah telah membuatkan aku susah hati dan selalu memikirkannya. Hinggakan aku merasakan simptom sesak nafas dan takut yang teramat sangat. Kadang-kadang membuat aku sukar untuk tidur. Tapi apa yang paling teruk adalah masalah ini akan terbawa-bawa sepanjang masa di mana ia akan membuat diriku sukar untuk menumpukan perhatian dan menjadi lemah semangat. Oleh sebab itu aku mengambil jalan untuk mendekatkan diri kepada tuhan. Dan akhirnya aku sedar bahawa ini adalah satu bentuk ujian buat diriku dan betapa tuhan menyayangi diriku ini..alhamdulillah...terima kasih ya Allah...



JANGAN BESIKAP PESIMIS

   Tatkala diri ini diuji oleh Allah s.w.t (ujian kesakitan) hati sentiasa menjadi lemah. Iman menjadi berkurang. Jadi, disitulah diri ini mula berfikir untuk bahawasanya diri ini harus bertindak pantas agar diri tidak mudah berputus asa. Sesuai dengan firman Allah s.w.t di dalam al-Quran yang bermaksud " Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya". Maka dengan itu diri ini sentiasa bersedia dan redha bahawasanya diri ini tidak akan lekang daripada diuji olehNya.


                                                                    Gambar hiasan

   Diri ini juga menyedari bahawasanya hidup ini tidak semudah yang kita fikirkan. Tidak seindah yang kita impikan. Adakalanya kita ketawa dan adakalanya kita bersedih kerana kehilangan sesuatu mahupun gagal dalam menempuhi ujian yang diberikan olehNya. Ini adalah kerana manusia itu pada hakikatnya adalah lemah dan memerlukan bimbingan agar sentiasa bersedia dan besikap positif atau dalam erti kata lainnya "optimis" yang lawanya adalah "pesimis" yang bermaksud sikap yang negatif. Bimbingan yang dimaksudkan di sini adalah bimbingan daripada Ilahi yaitu dalam bentuk hidayah ataupun petunjuk.

   Namun begitu ada di kalangan manusia yang mengambil jalan mudah untuk melupakan semua masalah yang dihadapi oleh mereka dengan terjebak dengan penyalahgunaan dadah, meminum arak dan yang paling teruk adalah dengan membunuh diri. Nauzubillahimindzalik. Oleh itu, manusia sebenarnya memerlukan bimbingan daripada Allah untuk menempuhi ujian kerana ujian itu sebenarnya adalah satu tanda kasih sayang daripada Allah untuk menjadikan seseorang itu sentiasa dekat kepadaNya. Dan agar manusia itu sedar bahawasanya mereka itu sebenarnya adalah hambaNya dan mereka perlu mengikut apa yang yang diperintahNya dan menjauhi apa yang dilarangNya.

   Kerana setiap apa yang dilarang itu ada keburukan dan setiap apa yang baik itu ada kebaikannya. Dan disebabkan itulah Allah memberi balasan yang setimpal dengan apa yang dilakukan oleh manusia itu sendiri dimana kebaikan akan dibalas dengan pahala dan kejahatan pula akan dibalas dengan dosa. Namun begitu, ramai lagi di kalangan manusia yang masih tidak sedar akan hal ini disebabkan mata hati mereka telah buta. Hati mereka itu sebenarnya telah dikotori oleh perkara-perkara maksiat dan kejahatan.

    Ketahuilah bahawasanya tompok hitam akan melekat di hati jika manusia itu melakukan maksiat dan hati akan menjadi gelap sekiranya terlalu banyak maksiat dilakukan dan akhirnya manusia itu akan hidup di dalam kegelapan. Kerana itu diri ini amat berhati-hati dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Bimbang jika sekiranya diri ini tersungkur lagi kerana dibelenggu oleh kegelapan hati dan kejahilan diri. Diri selalu berdoa pada Ilahi agar sentiasa diberikan kekuatan dan juga pedoman untuk mengharungi segala ujian. Diri juga berdoa agar dipermudahkan segala urusan dan juga diberikan ketenangan dalam menempuhi hari-hari yang mendatang.InsyaAllah...

    Semoga dengan nukilan ini dapat kita fikirkan bersama-sama...dan ingatlah Allah itu tidak akan mengubah nasib seseorang itu jika dia tidak berusaha untuk mengubah nasib dirinya sendiri...Semoga Allah memberkati hidup kita semua..InsyaAllah...

Sekian saja..Wallahua'lam....


                                                                    
                                                                  Gambar hiasan

Hit Countersclick here