Sukhoi Malaysia


AIR FORCE SUKHOI SU-30MKMM52-04



KEHEBATAN SUKHOI

LANGKAWI: Jarak masa kurang dua saat menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak berusia setahun daripada menemui ajal atau setidak-tidaknya cedera parah apabila siling bilik tidur runtuh dipercayai berpunca daripada gegaran enjin pesawat Sukhoi SU-30 MKM, semalam.

Dalam kejadian kira-kria jam 2.40 petang itu, mangsa, Umirah Zulaikha Mohd Zaini, bernasib baik apabila dia segera dibawa keluar oleh ibu saudaranya dari bilik tidur apabila jet pejuang itu dilihat terbang rendah pada pertunjukan udara sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2007 (Lima 2007).

Ibu saudara mangsa, Nor Zaliza Abdullah, 33, berkata sebelum kejadian dia mendapatkan Umirah Zulaikha yang sedang tidur seorang diri dalam bilik di rumah sewanya di Kampung Bohor Berendam, di sini.

"Saya berasa tidak sedap hati lalu membawa Umirah (Zulaikha) keluar dari bilik kerana bimbang berlaku kejadian buruk. Ini kerana pada pertunjukan pagi sudah ada gegaran kuat berpunca dari enjin pesawat itu.

"Sangkaan saya kali ini betul kerana sebaik jet pejuang itu melintas bumbung rumah, ia menghasilkan gegaran serta bunyi yang kuat menyebabkan siling rumah tiba-tiba runtuh di atas tilam tempat Umirah Zulaikha tidur," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.



Nor Zaliza berkata, anak saudaranya itu baru tiba dari Pahang sejak tiga hari lalu bersama ibunya, Saayah Majid, 60, dan kakaknya yang juga ibu kepada Umirah Zulaikha, Norhayati Abdullah, 36, bagi menyaksikan Lima 2007.

"Saya bersyukur kerana sempat membawa keluar anak saudara dari bilik tidur ke tempat selamat walaupun agak panik dengan kejadian yang berlaku secara tiba-tiba itu," katanya yang juga kakitangan hotel, di sini.

Sementara itu, tinjauan mendapati lebih 10 rumah di kampung sama turut mengalami keretakan pada dinding, pecah cermin tingkap dan lampu siling jatuh dipercayai akibat gegaran kuat enjin jet berkuasa supersonik itu.

Pemeriksaan wakil Harian Metro pada jadual pertunjukan udara di pusat media di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini mengesahkan pesawat yang terbang pada waktu itu adalah Sukhoi SU-30 MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM

Komen aku:

Dah taw enjin tu kuase supersonik, kenape nak lalu dekat atas bumbung rumah orang..buat bising je..lain kali main la jauh2 sikit..ape la juruterbang tu..nasib baik bukan kapal terbang Concorde.

0 comments:

Post a Comment

Hit Countersclick here