Orang yang hebat




Bila saja berbicara mengenai kehebatan siapa yang tidak kenal dengan nama Albert Einstein tentu saja kita mengangguk tanda kenal. Siapa yang tak kenal dia dengan kehebatan beliau dalam bidang Fizik. Bila saja menyebut nama Tun DR. Mahathir siapa yang tak kenal dengan kehebatan beliau sebagai Bapa Pemodenan di Malaysia. Bila saja terdengar orang menyebut nama Mark Zuckerberg siapa yang tak kenal dengan kehebatan beliau yang telah berjaya mencipta facebook yang menarik minat ramai manusia di seluruh pelusuk dunia untuk menggunakannya sebagai laman komunikasi utama malah lebih daripada itu lagi. Semua kejayaan ini adalah hasil daripada usaha jiwa-jiwa yang hebat yang sentiasa berfikir ke arah mewujudkan satu fenomena yang berada di luar jangkaan manusia. Lihatlah Albert Einstein sebagai contoh, beliau sentiasa berfikir tentang kejadian di alam yang nyata ini dan sering menimbulkan banyak persoalan dalam kepala bagi membolehkannya terus berfikir dan membuat penyelidikan sehingga beliau berjaya mengemukakan beberapa teorinya tersendiri. Begitulah besarnya kuasa berfikir yang telah dianugerahkan oleh tuhan. Berbalik dengan tajuk nukilan ini marilah kita berfikir bahawasanya kita semua mempunyai akal fikiran dan akal fikiran itulah yang menyebabkan manusia itu istimewa daripada makhluk-makhluk yang lain yang ada dimuka bumi ini. Dengan adanya akal fikiran, manusia semakin banyak melakukan perubahan dalam kehidupan seharian mereka sehinggakan wujudnya berbagai ciptaan yang memudahkan mereka untuk menjalani kehidupan seharian. Orang yang hebat-hebat sebenarnya adalah manusia yang sama seperti kita. Cuma yang membezakan mereka dengan kita adalah sejauh mana usaha dan cara kita semua berfikir dengan menggunakan akal untuk merungkai persoalan-persoalan yang ada dalam fikiran manusia. Dengan adanya kehendak kita, maka akan memudahkan lagi usaha dalam menyelesaikan sesuatu masalah ataupun persoalan dan inilah yang dinamakan 'hukum tarikan'. Bila ada kemahuan di situ akan ada usaha. Namun, harus diingat bahawa tidak semua hal dalam dunia ini memerlukan akal fikiran yang logik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Masalah tidak akan selesai sepenuhnya sekiranya manusia tidak dapat berfikir dengan baik. Itulah yang terjadi kepada dunia dan kehidupan jika sekiranya berpisah dengan agama. Kemajuan lahiriah dan juga kerohanian mestilah seimbang bagi mewujudkan kestabilan dunia yang berpanjangan. Andai kata kedua-dua ini terpisah, maka dunia pastinya akan menjadi hancur. Contohnya senjata moden digunakan untuk mempertahankan sesebuah negara namun apabila disalahgunakan oleh manusia untuk melakukan kekejaman maka hal ini adalah satu kerugian yang nyata bagi ummat manusia. Jadi, marilah sama-sama kita fikirkan..


Hit Countersclick here